Wednesday, November 29, 2017

Kroket Ketam..



Buat lagi kroket ni guna ketam fillet dan tak menggunakan tepung langsung, Alhamdulillah mmg sedap..
Hari tu rasanya macam buat bnyk dan niat nk frozenkan tapi bila tgk laju je semua mkn, maka terpaksalah grg semua sekali,hihihi

Gambar lepas grg pun tak sempat snap sbb lupa..dan kali ni Liza guna breadcrumbs yg kaler kuning oren ni, cantik pulak bila tgk..
Resepi kali ni Liza amik dr dapo Hana, thnx ye Hana...sedapppp






RESEPI KROKET KETAM

Bhn2:
  • 5 biji kentang besar
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan wortel @ mix vege - celur dan cincang
  • 1/2 sk merica @ serbuk lada putih
  • 1 sudu makan butter
  • 1 sudu makan susu tepung@ susu segar - optional
  • gula
  • garam
  • ketam fillet / lauk pilihan - potong kecil

Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch ( Liza xguna )

Cara-cara
  • Kupas kentang dan potong kecil. Goreng hingga keemasan dan empuk. Angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer! nanti akan pecah biler digoreng. Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, mix vege. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula. Jika suka, boleh masukkan daging cincang dan daun sup/bwg skali.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Terpulang citarasa samada nak buat leper seperti gamba di atas atau bulat2.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. (hana buh minyak paras setengah kroket shj)
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Jus Mangga Bermadu..





RESEPI JUS MANGGA BERMADU

Bhn2:

Mangga
Madu
Air sejuk peti
Chia seed

- blend semua bhn KECUALI chia seed
- tuangkan ke dlm gelas dan tabur chia seed
- sedia diminum


Semua bhn kat atas tu agak2 selera ye, Liza gunakan air sejuk peti sbb tak nak letak ais



Kek Batik versi Lembut Lagiii...




Kali ni kakak nk try buat sendiri kek batik ni sbb dia nk makan,ihhii
So, Liza Tanya dia nk yg versi rangup atau lembut..dia cakap nk yg versi lembut macam umi buat ari tu
Jadi Liza pun suruh dia buat macam resepi kat SINI, cuma Liza kurangkan sikit telur tu ..
Puashati kkk dapat buat sendiri kek batik ni utk pestime, mmg dia mkn berulang2 dan dia paling happy bila semua org puji sedap..










RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE VERSI LEMBUT
Bhn2:

Biskut marie secukupnya -  guna 27 keping
4 biji telur A/B - guna 3 biji A ( kali ni guna 2 biji je )
4 s/b serbuk koko *
4 s/b milo *
3/4 cawan gula *
3/4 cawan susu pekat *
125 gm buttercup *
1 s/the esen vanilla *
1 sachet nescafe 3in1 - Liza tambah

- campur semua bhn bertanda *, kemudian masak menggunakan api perlahan sehingga semua larut.
- sambil terus dikacau, masukkan telur dan masak sehingga adunan pekat dan meletop2, matikan apiu.
- susun biskut marie didalam Loyang yg telah dialas plastic, kemudian tuang adunan coklat dan ratakan.
- teruskan proses melapis , tekan sedikit2 kek supaya padat.
- sejukkan dalam fridge 4 jam atau semalaman
- pastikan kek betul2 keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Ambon..


Assalamualaikum wbt...dah lama rasanya tak buat ambon atau apam klate ni, dah banyak sgt list menu yg nk try kan,hihii
Nak buat ambon ni bknnya susah pun, cuma kena faham teknik yg betul..cuma kena pukul telur tu sampai kembang macam kita nak buat bahulu, kalau tak mmg la apam ni akan jadi bantat
Tak perlu nk letak baking powder atau ovalette , sbb apam ni mmg dah lembut sgt
Resepi ni dr arwah ma dan mmg Liza selalu guna, gunalah cawan atau mangkuk apa pun, jnji semua bhn disukat menggunakan cawan atau mangkuk yg sama, faham kan...









RESEPI AMBON

Bhn2:


1 cawan telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1s/t esen vanila/ esen ros - utk hilangkan bau telur

- panaskan dulu kukusan.
- pukul telur dan gula hingga betul2 kembang, sampai warna putih yer..pastu masukkan esen.
- perlahankan speed dan masukkan tepung, gaul sebati.
- bahagi adunan kpd 2 bhgn, 1 bhgn warna merah dan 1 bhgn warna asal.
- masukkan ke dlm loyang secara selang seli warna.
- kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit.
- sejukkan dan bolehlah dipotong...


Monday, November 20, 2017

Spaghetti Bolognese My Style...



Dah banyak kali Liza masak spaghetti Bolognese ni, tapi hari ni baru perasan sekali pun Liza tak pernah share resepi kat sini,ihhii
Resepi ni Liza olah ikut tekak kami sekeluarga, yg sukakan rasa sedikit pedas pada sos spaghetti ni, Alhamdulillah rasa yg menepati selera kami 








RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE MY STYLE


Bhn2:

400gm dgg / ayam kisar - satu pek
Sosej secukupnya - potong kecil
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
2 biji tomato - potong kecil
5 s/b cili mesin - blh letak lebih
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
sedikit sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada hitam
Daun bay
Daun basil
Minyak utk menumis
Daun parsley - utk hiasan

- kisar bawang putih, bawang besar dan tomato
- panaskan minyak dan masukkan bhn kisar td, biar hingga sedikit garing dan naik bau
- masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga naik bau
- masukkan dgg kisar dan sedikit air
- bila daging dah bertukar warna, masukkan sosej serta semua bhn lain
- masa ni kuah agak pekat, jadi masukkan sedikit air rebusan spaghetti dan gaul sebati, terpulang nk letak bnyk mana tapi jgn la bnyk sgt pulak ( letak sikit2 dulu )
- bila rasa dh sesuai dgn selera, matikan api
- boleh lah dihidang dgn spaghetti dan tabor daun parsley
- yummy





French Toast Nutella n Banana...





Menu breakfast yg sentiasa jadi fav anak2...roti ni Liza guna roti sourdough ni, sedapppp

Rasanya semua orang tau nk buat French toast ni kan

FRENCH TOAST NUTELLA N BANANA ( 2 SET )

4 keping roti sandwich
Nutella secukupnya
Pisang - potong kecil
Sebiji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 s/b gula
Cinnamon powder - optional
Sedikit butter

- sapu nutella pada setiap keping roti
- susun pisang diatasnya dan tutup dgn sekeping lagi
- pecahkan telur ke dlm mangkuk dan whisk kjp, campur dgn susu segar , cinnamon powder dan gula..kacau sebati
- mabil pan dan masukkan butter, biar hingga butter cair
- celup roti td ke dlm adunan telur dan letak di atas butter yg telah cair tadi, guna api sederhana shj
- masak hingga kedua2 belah roti menjadi kekuningan
- angkat dan boleh hiaskan dgn snow powder sblm dihidangkan

* Boleh guna apa saja bhn dan filling yg kita suka *



Sourdough Milky Wholemeal Loaf...



Hari tu buat lagi milky loaf ni guna natural yeast / sourdough..tapi kali ni Liza tambah dgn tepung wholemeal sikit,..roti ni mmg lembut dan sedap, bagi kawan2 yg takde sourdough blh juga guna yis







SOURDOUGH MILK LOAF

 
Bhn2:

 
350gm tepung roti

30gm gula

7gm garam

150gm sourdough starter active

70ml fresh cream

85ml susu segar

70ml air

30gm butter

 

- campurkan semua bhn dan uli dgn BM atau mixer hingga elastic

- doh ni mmg lembik sikit ye

- first proofing ambil masa 31/2 jam

- bench rest 30 minit

- second proofing 2 jam

- bakar 190C selama 40 minit atau sehingga roti keperangan

 

* kalau xde starter boleh guna 2sk yis kering, bhn lain semua sama je *





 
 
 
Gara2 cuaca yg sejuk , kali ni proofing mmg mengambil masa yg agak lama, bermula dr 10.30 pagi dan siap bakar pukul 9 malam...nasib baik roti tetap maintain sedap dan tak masam..
 
 
 
 
 
 

Bingka Durian..







Assalamualaikum wbt...bingka ni Liza buat minggu lepas masa stok durian ada lagi,hihi
Kali ni Liza cuba resepi dr Roha , timakasih bnyk2 ye Roha..sedap lemak2 bingka ni,izinkan akk share kat sini pulak ye..







 
 
 
 
 
 
RESEPI BINGKA DURIAN

Bahan2: (loyang 8 inci)

1 cawan isi durian
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
Sedikit pewarna kuning 
Bijan secukupnya

Cara:
1.Satukan isi durian, gula, telur dan santan ke dalam pengisar.Kisar halus.
2.Campurkan bahan kisar bersama tepung gandum dan garam.Kacau rata supaya tidak berketul.Titiskan sedikit pewarna kuning dan masukkan minyak masak.Sebatikan.
3.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lengserkan acuan dengan planta.Masukkan adunan ke dalamnya.Taburkan bijan.Bakar selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah.
4.Sejukkan dan potong.
 
 
 
 
 

Thursday, November 16, 2017

Cotton Soft Japanese Cheesecake..





Sebenarnya mmg trauma nk buat kek ni, pertama kali buat beberapa tahun lepas, kek ni bantat kat bawah..lepas tu mmg merajuk terus, tak nak buat dah kek yg satu ni..

Tapi masa angah cuti sem baru2 ni, nilsh benda yg dia request srh umi buat,adoiii la...nak tak nak terpaksa lah study sedikit sebanyak pasal peel kek ni ,masa nk bake kek ni mmg nervous tu Allah je yg tau

Hasil kedua agak berjaya walaupun kek tu kecut sikit kat atas, rasa dia alhamdulillah dah tak bantat dah..Kalau tgk gambar ni pun dah tau kan, kek ni mmg super lembut, perghhhh masuk mulut je terus hilang,hihihi..angah cakap takpe umi, jnji sedap...mmg berulang2 dia makan, alhamdulillah

Resepi ni Liza CnP dr dapo fren yg dok nun di Penang Lina, hasil dr Alma MyR ( xde link )..tq utk kedua2nya, insyaallah Liza akan cuba buat lagi utk dapatkan hasil yg memuaskan hati








COTTON SOFT JAPANESE CAKE
 

Bahan-bahan : (Loyang bulat 9 inci )

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk) (lina pg gn 1 cawan)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon @ 1 sdt  esen vanila
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine @ guna tepung gandum, ayak 3 kali
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula kastor( (lina pg 1 cawan arcopal =100g)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar

Cara-cara: 


 Step I : Utk adunan A:

  • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2 dengan whisk sehingga sebati.
  • Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
  • Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna spatula)

Step II : Utk adunan B:
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). 
  • Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).  
     
     
     
     




Step III :
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. 
  • Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking.  tepi loyang tak perlu gris ya.
  • Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160°C (Peringatan utk diri sendiri -Oven Pensonic 150°C-1jam.Hesstar 180°1jam 15 min) - Liza guna Electrolux, suhu mungkin kena turunkan 140C
  • Waterbath = sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas. 
  • Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun mendadak.
  • Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.( Liza makan kosong cmtu je, dah sedap sangat )
 





Sourdough Wholemeal Ciabatta...




Bila anak2 suka makan sandwich dgn roti ciabatta ni, maka Liza pun buat la lagi...tapi kali ni Liza campurkan dgn tepung wholemeal dan doh tu Liza bahagikan pada 6 ..









SOURDOUGH CIABATTA
100 gm active sourdough starter
185 ml water
5 gm salt
15 gm olive oil
250 gm bread flour + more for dusting - ( Liza guna 180gm bread flour + 70gm wholemeal flour )

- mix all the ingredients in a mixing bowl, mix until well incorporated..the dough is soft n sticky
- cover the bowl with plastic wrap n let the dough rest at room temperature for 2 hours until risen with surface is dotted with bubbles ( Liza perap 3 jam sbb suhu sejuk)..
- place the bowl in the fridge overnight 7 - 10 jam ( Liza ltk pkl 7.30pm dan keluarkan pkl 6.30am - lbh kurang 11 jam )
- flour the work surface n turn the dough out. Sprinkle the dough with a little flour n gently punch down the dough to deflate it.
- flatten the dough n fold it into thirds
- flatten it again n repeat to fold the dough into thirds from the longer side.
- shape the dough into rectangle
- cut the dough into 3 equal pieces using pastry scrapper
- place on a baking tray., cover it with plastic wrap n let the dough rise at room temperature for 1-2 hours until doubled in size.
- preheat oven at 220C n bake for 15-20 minutes until ciabtta is light brown in colour

Cucur Durian Lembut...








Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali..sekarang ni muim durian, sana sini ada orang jual durian...harga pun ada yg ok dan ada yg kadang rasa tak logic..dan kita sebagai pengguna, gunalah hak kita dgn bijak

Durian ni pun hubby beli kat Selayang RM18 sekilo, tu baru durian kampong, kalau durian lain, tak tau lah ..dulu pernah Tanya harga utk durian Musang King, katanya RM120 sekilo...huhhh terus cancel, melampau sangat harga durian sekarang kan..

Berbalik pada durian yg hubby beli ni, ari tu ada lebih lps makan pulut durian, maka buat lah cucur  ni ..lagipun family mmg suka dgn cucur ni








RESEPI CUCUR DURIAN LEMBUT
Bhn2:

1 cawan isi durian
1/2 cwn gula @ lebih - terpulang pd citarasa msg2
1 cwn tepung gandum @ lebih
1 s/t baking powder

1 biji telur
Minyak utk menggoreng

- satukan isi durian dan gula.
- masukkan baking powder, tepung gandum sdkt2, telur... agak2 adunan xcair dan xkeras sgt.
- panaskan minyak, ambil sudu dan celupkan ke dlm minyak panas td utk elak tpg melekat pd sudu.
- guna sudu td dan ambil sejemput adunan kecil dan grg..( adunan akan mengembang bila digrg).
- bila dah keperangan blh la diangkat...




Wednesday, November 15, 2017

Italian Pizza...



Buat lagi pizza guna resepi ni, tapi ada yg Liza olah sikit..kali ni buat 2 adunan, maknanya gandakan je bhn kat bawah ni

Filling tu Liza buat BBQ Chicken n Caramel Onion, Hawaiian Pizza n Tuna, Alhamdulillah licin, hihihi 
 
 


RESEPI ITALIAN PIZZA


BAHAN A :


1 sudu teh yis mauripan
60 ml air
45 ml susu segar
1 sudu teh gula kastor


BAHAN B :


180 tepung roti
1/2 sudu teh garam halus


BAHAN C :


1/2 sudu makan butter - guna minyak zaitun





CARA2NYA :


- Campurkan Bahan A dan biarkan ia hingga berbuih (lebih kurang 15 minit)
- Bahan B diayak ke dalam mangkuk, masukkan Bahan A dan C. Uli hingga lembut.
- Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan ia naik dua kali ganda.
- Setelah doh naik dua kali ganda, tumbuk doh dan biarkan ia naik semula dalam tempoh 15 minit.
- Canai dan tekan doh menjadi lebh kurang 3mm tebal dan ukuran 22cm.


CARA LAIN : ( GUNA BM )


- Satukan dahulu bahan2 basah untuk membuat doh ke dalam BM.
- Masukkan bahan2 kering.
- Pilih menu dough dan tekan butang ON. (siap dalam 1 jam setengah)








BBQ Chicken Pizza





Rupa selepas dibakar



 

Paris Brest...



Assalamualaikum wbt..nama yg pelik tapi guna bhn biasa2 je..
Bagi yg nak tau, paris brest ni menggunakan adunan yg sama dgn cream puff, cuma dibuat bentuk bulat dan berlubang cmni







Boleh menggunakan mana2 resepi cream puff dan tabur badam sebelum bakar..pastu filling pun blh guna apa saja filling kegemaran, macam yg ni Liza gunakan filling cream cheese n potongan coklat ..





 
 
 
 
 

Tuesday, November 14, 2017

Lempuk Durian Homemade....









Assalamualaikum wbt...asal nampak durian, adik mst cakp, sedapnya lempuk, kan umi..huhuhu, ada yg tersirat di sebalik kata2 itu

Maka ari tu gara2 viral, g jugak la borong durian kat Kg Gajah, Perak..mostly peniaga jual dgn harga RM12-15 sekilo...tapi sesi tawar menawar berpihak pada kami, dapat la dgn harga RM9 sekilo..apa lagi mmg borong sakan la, semata2 nak buat tempoyak n lempuk ni...

Alhamdulillah ari ni dapat la buat lempuk yg jadi kesukaan family ni..terus buat bnyk2 sbb blh simpan lama







 
 
 
RESEPI LEMPUK HOMEMADE..
Bhn2:

15 biji durian - ambil isinya sahaja
Gula secukup rasa - agak2 ikut manis yg kita nak

- masukkan kedua2 bhn kedalam kuali dan kacau dgn api perlahan..
- sentiasa kacau ye, kalau tak nnt dia hangit kat bahagian bawah tu..
- kacau hingga durian dah bertukar warna kecoklatan dan likat, maknanya berat bila dikacau..
- bubuh dalam bekas dan sejukkan..
- lempuk ni akan tahan lebih lama kalau simpan dlm freezer..
 
 
 


 
 
 
Kali ni Liza masak guna periuk Noxxa...amik masa dalam 30 minit je tapi mst selalu kena kacau ye...maknanya kena sentiasa kacau dalam masa 30 minit tu, rasa macam nk tercabut bahu,hihii
 
 
Kacau sampai dapt warna kecoklatan macam dalam gambar..lagi lama kita masak dan kacau, lagi bertambah gelap warna coklat tu..
 
 
 
 



                        Boleh simpan utk abg n angah juga nnt..




 

Thursday, November 9, 2017

Roti Benggali Sourdough...

Suka dgn tekstur roti ni, mmg lembut dan sedeap...yg penting nak buat pun senang..cuma kali ni Liza tukarkan yis dgn sourdough ..dua2 pun tetap sedap n lembut






RESEPI ROTI BENGGALI WHOLEMEAL

 

Bhn2:

 

300 gm tepung roti
120 gm sourdough starter
2 s/b susu tepung
1 s/b shortening
Secubit garam
120 - 160ml air suam
2 s/b gula kastor

- masuk semua bhn KECUALI shortening dan air ke dlm mangkuk pengadun
- masukkan air sdikit2 dan uli hingga kemyal
- masukkan pula shortening dan uli lagi hingga elastic
- tutup doh dgn cling wrap dan biarkan naik 2 kali ganda  ( lebih kurang 4 jam )
- kemudian tumbuk doh utk buang angin
- bentukkan doh seperti bebola mengikut saiz yg diinginidan aturkan dlm Loyang yg telah disapu butter
- biarkan  naik lagi utk kali kedua ( lebih kurang 2 jam setengah )
- bakar 200C selama 35- 45 minit mengikut oven masing2

Lamb Stew...



Bila buat macam ni, kompem licin pinggan...kadang2 anak2 ni memilih kan, jadi Liza selalu selitkan sayuran dlm menu tanpa diaorang sedar..diaorang ingat diaorang lagi terer?? huhh

Lamb stew ni Liza makan dgn roti sourdough yg Liza buat, mmg sesuai sgt la..







LAMB STEW MY VERSION

Bhn2:

8 keping lamb - perap dgn tepung gandum dan cuci
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan kicap
2 helai daun bay
1/2 s/t serbuk lada hitam
1/2 s/t dried oregano
1/2 s/t dried parsley
1 tangkai rosemary - liza guna yg fresh
1 labu bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - cincang halus
Beef stock / air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Karot - potong kecil
Ubi kentang - potong kecil
Ubi keledek - potong kecil

- sapu lamb dgn serbuk lada hitam dan sedikit garam
- panaskan periuk dan grg sekejap lamb td dgn minyak yg sedikit sahaja ( ala2 macam kita grill ), angkat dan ketepikan
- tumis bwg2 hingga naik bau ( xperlu tambah minyak ye)
- masukkan semua bhn di atas dan masak hingga semua bhn empuk
- jika rasa dah sesuai, boleh lah dihidangkan panas2 dgn roti atau nasi





Stir Fry Chicken Red Curry...





STIR FRY CHICKEN RED CURRY  ( THAI )

Bhn2:

1/2 ekor ayam - potong kecil
3 s/b red curry paste
1 biji bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - cincang
2 biji lada merah - hiris
3 batang kcang pjg - potong
Daun limau purut
Daun selasih
2 s/b sos ikan
2 s/b sos tiram
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak - utk menumis


- panaskan minyak dan tumis bhn hiris dan cincang hingga Wangi
- masukkan red curry paste, sos ikan dan sos tiram dan masak lg hingga naik bau
- masukkan ayam dan sedikit air dan biarkan hingga ayam masak
- perasakan dgn garam dan gula
- akhir sekali masukkan kacang panjng. daun limau dan daun selasih
- bila dah cukup segala rasa, blh la diangkat dan dihidangkan
- lauk2 blh gunakan apa saje, yg selalu org guna ialah seafood









Soft Taco ( Sourdough )...


Assalamualaikum wbt...ni sarapan minggu lepas rasanya, Liza cuba buat soft taco dr resepi sourdough tortilla yg ada kat SINI..

Cuma kali ni Liza buat kecik2 cmni ala2 taco dan ada 2 filling, satu filling tu ala2 Malaysian Taco dan satu lagi tu ala2 Western Taco..dua2 pun sedap yg amat sbb buat sendiri kan, kena la puji sendiri,hihii




Nampak tak ada dua version, yg ala2 western tu Liza gunakan leftover roasted chicken dan hot salsa, pedas terangkat dan bila digabungkan dgn mayonis mmg satu ngandingan yg cukup mesra dan serasi..meh Liza sharekan sos hot salsa ni


HOT SALSA

Bhn2:

1 1/2 biji tomato merah
4 s/b sos hot chilli - blh guna apa2 brand
2 s/b jus limau nipis / lemon
Daun ketumbar
1 ulas bawang putih
Garam, gula secukup rasa

- blend semua dan masak hingga kering

* semua bhn tu blh dilebihkan atau dikurangkan ikut selera masing2
* utk mengurangkan sikit rasa pedas tu, gandingkan hot salsa dgn mayonis / sos thousand island






Yg ni pulak versi ala2 Malaysian, sate taco...guna leftover sate n kuah kacang je..sblm tu sapu mayonis dekat kulit taco, sedapppp




Taco pedas memikat selera





 

Thursday, November 2, 2017

Yeast Water Loaf ...


Ok, kali ni Liza cuba buat roti guna yeast water atau air yis pulak..roti ni berbeza dgn roti sourdough yg biasa Liza buat tu, sbb roti ni mmg menggunakan air yis semata2..Liza rasa yg ni lagi senang kalau nk bnadingkan dgn roti sourdough tu..ihihi
Kali ni Liza cuba buat air yis guna buah epal dan raisins, mmg sedap rasa roti ni, tak masam langsung..nnt nk cuba buat guna buah lain pulak
Tapi sayangnya Liza lupa nak ambil gambar air yis yg Liza buat, tak pe lah lainkali insyaallah Liza akan tunjukkan hasil air yis..







LOAF USING STRAIGHT DOUGH METHOD

350gm bread flour
6gm salt
20gm raw sugar
10gm milk powder
20gm unsalted butter
150gm yeast water *( resepi kat bawah )
75 - 90gm water - adjust accordingly

- mix everything EXCEPT butter
- autolyse for 30 mins then add butter and knead till window pane stage
- first proofing may take longer - lebih kurang 15 jam
- bench rest 20 mins and final shape
- final proofing till double in size
- cold bake ( means put the loaf in the oven without preheat )
- then switch on the oven with stated temperature 200C for 20 mins. then reduce to 180C for another 20 - 25 mins


*Buah2an dr air yis tu pun Liza masukkan , tak nak membazir kan



Liza buat sandwich pisang n nutella




Yeast Water / Air Yis :

Botol kaca kosong - rebus dgn air panas dan biar kering sendiri ( JGN LAP )
1/3 balang buah2an
3/4 balang air bertapis
1 @ 2 sudu besar gula ( Liza guna gula perang )

- masukkan semua bhn ke dlm botol kaca tadi
- tutup botol rapat2 dan goncang sikit
- biarkan dlm 6 - 7 hari hingga buah2an terapung atau naik ke permukaan air serta ada bnyk bubble kecik - suhu bilik je
- setiap hari, goncang botol perlahan2 dan buka penutup utk mengeluarkan gas dan tutup kembali ketat2
- ulang proses ini selama 6 - 7 hari

* Semua buah2an boleh digunakan KECUALI betik, kiwi dan nenas


Lasagna yg Marbeles...



Memang akan tetap setia dgn resepi lasgna yg satu ni, dah jadi list family kitaorang pun..walaupun bnyk step, tapi mmg berbaloi
Kalau nk makan sedap kena rajin kan

Macam biasa resepi ni dr Nihadriz dr MyR dan Liza CnP dr dapo K.Ita Masam Manis( dua2 dah xleh link )
Apa2 pun terima kasih bnyk2 pada kedua2nya,Liza mohon halalkan resepi yg dah Liza guna ni...






RESEPI LASAGNA
Kuah daging :

300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce


Sos keju :

2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam


Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api.

Bhn2 yg diperlukan :
1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter


Lasagna tak perlu di masak ye!
Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.

Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

 

# TIPS DR TUAN PUNYA RESEPI  #


Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat

Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp

Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce. Curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye!

Croissants Filling Ideas..



Kali ni Liza nak share filling croissants yg pernah Liza buat, semoga dapat memberi ilham pada semua




Egg croissants



Chicken salad croissants
 
 
 

Chicken meatloaf, cheese, tomatoes n salad






Drizzle with lemon glaze


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...