Saturday, May 28, 2016

Ayam Masak Ros....



Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti pada semua dan pada diri sendiri jugak...hihi
Bila dh cukup ahli dlm umah ni, mcm2 la idea dan menu yg difikirkan..maka terjadilah ayam masak ros ni, tapi mkn dgn nasi putih je..
Ayam masak ros ni berbeza dgn ayam masak merah sbb kepekatan kuah dia..ayam masak ros biasanya menggunakan susu cair atau santan utk melemakkan lagi kuah dia..

Resepi ni Liza ambik dr umah CMG, mmg sedap n berbaloi2 masak ayam ni..tq ye








RESEPI AYAM MASAK ROS

Bhn2:

1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
3/4 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar tomato puree
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 batang serai, diketuk
1/4 cawan kismis
1/3 cawan susu sejat
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
Hirisan daun sup untuk hiasan

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
1  biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih

BAHAN - BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ayam 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak tadi dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan. Masukkan bahan2 tumis dan masak hingga layu dan harum. Tambah serai, kismis dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga wangi.
  2. Tambah cili kisar, kacau rata, masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puree, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga naik minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan tuang air. Kacau rata dan masak hingga pekat.
  3. Tambah susu cair, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis sedikit). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau sebarang nasi berperisa.





Wednesday, May 25, 2016

Tomyam Ayam Pekat ala Thai...mmg sedap








Akhirnya Liza jumpa jugak dgn resepi tomyam yg betul2 memikat selera Liza,alhamdulillah..resepi ni Liza dapat dr SINI, tq ye mama Qaireen...jom semak resepi kat bawah ye







RESEPI TOMYAM AYAM PEKAT ALA THAI YG SEDAP

Bahan A – Kisar

4 biji bawang merah
1 biji tomato
1 batang serai
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Bahan B

1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 -3sudu perencah tomyam - nk masukkan lebih pun blh
Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
4 helai daun limau purut
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air secukupnya utk kuah
garam & gula
 

Cara – Cara :

  1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
  3. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
  4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
  5. Siap untuk dimakan.





                       


Crispy Cheezy Egg Sandwic....









Assalamualaikum wbt dan selamat malam buat semua yg Liza sayangi...sebenarnya idea sandwich ni dtg dari adik Liza yg kebetulan dtg bercuti ari tu..sambil borak2 tu dia pun bercerita ttg sandwich yg dia buat ni, apalagi kakak dia ni pun terus set dlm kepala akan buat jugak sandwich ni utk anak2,gerenti diaorang suka...dan Alhamdulillah mmg seperti diduga, sandwich ni laris di pasaran,hihii

Tapi sandwich yg Liza buat ni, Liza upgrade sikit utk bagi nampak mewah,kikiki

Apa2 pun tq utk Faez n Na yg bg idea utk K.za menambahkan lagi koleksi sandwich..








RESEPI CRISPY CHEEZY EGG SANDWIC

Bhn2:

2 keping roti sandwich
Sebiji telur mata
Mayonis secukupnya
Sos thai
Sekeping cheddar cheese
Cheddar cheese - parut

Garlic Butter:

1 ulas bawang putih -tumbuk
6 s/b butter
2 tangkai daun parsley - hiris halus

- gaulkan semua bhn dan blh digunakan..
- yg lebih blh simpan dlm fridge utk tahan lama..

Cara:

- ambil sekeping roti dan sapukan mayonis di atasnya..
- letakkan juga sos thai, kemudian ambil cheese parut dan letak di atasnya
- letak sebiji telur mata  dan diatasnya tutup dgn seekping cheddar cheese..
- akhir sekali tutup ngn sekeping roti lagi..
- panaskan pan dan sapu garlic butter pada kedua2 belah roti
- masak hingga cheese cair, agak2 dlm 3 minit setiap belah..


Monday, May 23, 2016

Daging Masak Merah ala Thai...



Dah lama tgk resepi ni tapi masa tu tak terbuka hati nak mencuba...tapi baru2 ni disebabkan tak tau nak masak apa utk dinner, ni je menu yg terlintas...
Alhamdulillah sedap n menepati selera ahli dlm rumah ni,pasni insyaallah akan buat lagi..
Resepi ni Liza ambil dr dapur Kak Azie, tq kak atas perkongsian resepi ni...walaupun ada bhn yg tak cukup tapi rasanya tetap mantopp..




 
RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI
 
 
Bhn2:
 
 
1/2 kg daging lembu - rebus empuk dg pewarna merah
2 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Kacang panjang - jika suka
Daun sup/daun bawang - xde stok
1 biji cili capsicum
1 cili merah

Cara-cara:
Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.


 
 
 




Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling. Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.
 
 
Nota:
Kalau inginkan lebih kuah, masukkan sedikit air dan sos tomato.
 

Bubur Jagung Bersagu Durian....



Ni sebenarnya bubur yg acapkali jugak Liza buat, asal ada stok durian, ni la menu pertama yg Liza plan nk buat, bukannya apa..dah family Liza suka, kalau buat gerenti licin..hihii

Resepi ni adalah turun temurun dr arwah ma, mmg sedap...cubalah






RESEPI BUBUR JAGUNG DURIAN BERSAGU
Bhn2:


5 tongkol jagung - ambil isi ( kalau nk guna isi jagung yg ready made pun blh,Aiman xkisah)
5 ulas durian / lebih
Segenggam beras pulut - basuh bersih( kali ni Liza guna sagu)
1 biji kelapa- ambil santan
Gula secukup rasa
Sdkt garam - utk bg rasa lemak
Daun pandan

- rebus isi jagung hingga masak dan lembut.
- masukkan semua bhn ke dlm periuk jagung td dan masak.
- bila pulut dah masak, tutup api.
- dah pun siap...wallllaaaa

Kepak Ayam Madu Panggang ala Pasar Malam....



Assalamualaikum wbt...kepak ayam panggang ni Liza buat mlm td, gara2 yg beli ari tu tak puas anak2 makan..
Lagipun mmg dah lama tak buat, kali ni Liza cuba resepi dr Intan...resepi ni lebih kurang dgn resepi yg Liza pernah buat dulu , cuma tak letak sos tiram je...dua2 resepi mmg best, terpulang nak pilih yg mana..








RESEPI AYAM MADU PANGGANG ALA PASAR MALAM

Bhn2:


8 ketul kepak ayam

3-4 sudu makan serbuk cili

1-2 sudu makan gula merah 

2-3 sudu gula pasir (kebetulan saya tak ada madu tadi ... so ganti dengan gula)

1-2 sudu kecil serbuk lada hitamgaram secukup rasa

beberapa sudu air

sedikit minyak masak


CARA2 :

1. Basuh dan toskan kepak ayam.

2. Campurkan semua bahan2 kering. Bancuh dengan beberapa sudu air hingga menjadi pes yang pekat. Kebanyakan bahan ni sukatannya saya main agak2 je. So sesuaikan la secukup rasa ye.

3. Masukkan kepak ayam yang telah ditos. Gaul rata dan biarkan ia diperap seketika.

4. Panaskan ketuhar. Sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar dan titiskan sedikit minyak di atas ayam sebelum dipanggang.

5. Panggang selama 15 minit. Terbalikkan kepak ayam selepas 10 minit supaya ia masak dengan rata.

6. Kepak ayam madu panggang siap untuk dihidang.







Friday, May 20, 2016

Lasagna yg terlajak larissss...




Kalau buat lasagna ni mmg anak2 suka sgt la, dh jadi menu peberet diaorang dah...cik hubby pun boleh join kitaorng makan sekarang...sedap jugak rupanya ye,dia cakap,hihihii







RESEPI LASAGNA
Kuah daging :300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging ~ ita tambah
Sedikit lada hitam ~ ita tambah

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce









Sos keju :2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api
.

Bhn2 yg diperlukan :1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ ita tambah jika suka
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar ~ ita tambah jika suka
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter

Lasagna tak perlu di masak ye!
Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
Tuangkan sedikit cheese sauce tadi
Taburkan daun bawang
Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna
Tuangkan baki Cheese Sause
Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese
Akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi.

Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar
Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.








# TIPS DR TUAN PUNYA RESEPI  #Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat

Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp

Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce. Curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye!



Triple Chocolate Muffin..



Assalamualaikum wbt, salam jumaat semua...muffin ni Liza dah lama buat, mmg sedaptapi sayangnya Liza cuma buat 1 adunan je...tak cukup n anak2 mintak buat lagi, maknanya mmg sdp la kan..mmg la sdp, dah 3 jenis coklat campur kat dlm tu kan,ihihi







RESEPI TRIPLE CHOCOLATE MUFFINS

Bhn2:

225 gm tepung gandum
25 gm serbuk koko
2 s/b baking powder
1/2 s/t soda bikarbonat
85 gm brown sugar
85 gm butter cair
100 gm choc chips
100 gm choc chips putih - Liza guna coklat putih ( parut)
2 biji telur A - kocok sikit
300 ml sour cream - Liza guna yogurt









- panaskan oven 200C..
- ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat dalm mangkuk..
- masukkan kedua2 choc chips dan gaul sebati..
- campurkan telur, sour cream, gula perang dan butter cair di dalam mangkuk lain, gaul sebati
- campurkan bhn basah ke dlm bhn kering dan gaul sebati dgn spatula..manja2 je ye,JGN overmix
- masukkan adunan muffin ke dlm bekas muffin dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak..
- sejukkan..


Thursday, May 19, 2016

Apam Nasi...








Dah lama Liza tak buat apam ni, padahal family suka apam ni..Ni pun dah lama Liza buat ye, maknanya dah abis la..hihi
Apam ni mmg sdp, tak kira tua dan muda mst suka apam ni..







RESEPI APAM NASI
Bhn2:
2 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg gndum
2 cwn tpg beras
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
2 1/2cwn air
2 cm/teh yis segera
kelapa parut & secubit garam - gaul (utk kelapa tahan lebih lama, kukus sekejap)

- kisar nasi bersama air , tuang air sdkt demi sdkt.
- masukkan gula perang dan gula pasir & kisar lg hingga sebati
- dlm satu bekas lain , campurkan kedua2 tpg dan yis dan gaul rata
- tuang bhn2 kisar td kedlam bekas tepung dan gaul hingga sebati
- tutup bekas dan perap adunan selama 3 jam
- panaskan kukusan, sapu acuan dgn sdkt minyak mkn
- sudukan adunan apam dan kukus selama 15 min.






Kari Daging Rusa...




Seperti yang diketahui, daging rusa adalah antara kategori makanan eksotik dan ianya digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang tinggi disamping kandungan lemak serta kolestrol yang amat rendah berbanding dengan ternakan lain.

Hubby mmg suka makan dgg rusa ni sbb takde lemak n boleh panaskan badan...opppsss, bukan panaskan hati ye,hihihi
Stok dgg ni mmg selalu ada kt dalam freezer, sbb kalau habis je, dia akan beli..
Daging rusa ni pun macam dgg biasa jugak, blh masak apa juga jenis masakan..yg penting lagi bnyk khasiat
Kalau masak kari kat umah ni,mmg bertambah2 la diaorang mkn nasi, tak kira la kari apa pun...tapi untung jugak la sbb sng,hihihihi







RESEPI KARI DAGING RUSA BERKENTANG
Bhn2:

1 kg daging - dihiris kecil
5 labu bawang – dikisar
5 ulas bawang putih – di kisar
11/2 inci halia - dikisar
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 tangkai daun kari
4 s/b cili giling
50 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
1liter santan cair
500 ml santan pekat
5 biji ubi kentang besar - dipotong 4
garam dan perasa secukupnya
Sdkt minyak - utk menumis







Cara-cara
Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumis bhn kisar, cili giling, rempah kari dan  3 sekawan hingga keperangan.
Bubuh daun kari . Masak atas api perlahan sehingga wangi.
Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.


Sambal Bilis Petai....



Assalamualaikum wbt....sekarang ni musim petai kan, apa lagi..rebutlah peluang keemasan ini,hihihi

Menu atau lauk yg dah bnyak kali Liza buat tapi nak tayang jugak sbb nk bagi korang semua terliur...hihihi
Jom tgk resepi kat bawah









RESEPI SAMBAL BILIS PETAI
Bhn2:

200gm ikan bilis - sotong atau udang pun blh
1 @ 2 papan petai - kopek dan ambil isinya
2 biji bwg besar *
1 ulas bwg Pth*
3 senduk cili mesin
Minyak
Garam
Gula, perasa
- panaskan minyak.
- mesin semua bwg dan tumiskan bersama cili mesin hingga naik bau
- masukkan bilis dan petai
- akhir sekali masukkan juga garam, gula dan perasa
- masak hingga naik minyak
- sedia dihidang





Wednesday, May 18, 2016

Pizza Roti Arab...







Bila tgk gambar ni, menjejes air liur keluar...adoiiii, bila la nk kurus kalau cmni..
Ni sebenarnya dah lama Liza buat, saje nk bagi idea pada kawan2 utk breakfast esok..sng n cepat, beli je roti arab kt kedai..pastu balik taruk topping pizza n cheese, pastu kita bako sampai cheese cair....perghhhh







Kat atas cheese tu Liza letak daun parsley. bila buat cmni mmg anak2 tak mampu kata tak nak,hihihii...bijak kan


Udang Masak Masala....




Petang tadi keluarkan udang dr freezer tapi tak tau lagi nak masak apa...so jumpalah pakcik Google..Alhamdulillah ni lah jawapan yg pakcik Google bagi...memang berbaloi2, berbintang2 family Liza bagi..tak abis2 diaorang puji, kembang kempis hidungku...hihihi

Ni resepi yg Liza amik dr dapur ayahanda Mamak Haji, terima kasih sbb lauk ni mmg best sgt2...


RESEPI UDANG MASAK MASALA

Bhn2:

1 kg udang besar
3 biji bawang besar - di hiris

3 biji bawang besar - dikisar halus
1 inci halia  + 6 ulas bawang putih  - dikisar halus.
4 sudu besar rempah kari Ikan Baba's
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk Jintan manis
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak semestinya) - xletak
2 ranting daun kari
6 - 7 sudu besar minyak masak
2 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa







CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang.Gunting sesengut (misai) dan muncung tajam udang tanpa membuang kepalanya.Peramkan udang yang telah bersihkan dengan serbuk kunyit, serbuk Cili, satu sudu halia+bawang putih yang dikisar halus dan air limau selama 20-30 minit.

2. Panaskan minyak, masukan bawang yang dihiris, apabila keluarkan bau wangi masukan bawang yang dikisar dang campuran bahan halia+bawang putih yang tinggal. Rempah kari, jintan putih dan manis.

3. Apabila gorengan itu mengeluarkan bau yang harum masukkan peraman udang. Masukan satu cawan air dan masukkan daun kari. Biarkan selama 10 minit di atas kuali.Tentukan kuahnya likat dan tak terlalu pekat.Sekiranya kuahnya pekat sangat boleh masukkan air sedikit untuk kecairan kuahnya.Masukan garam secukup rasa.Udang Masala sedia untuk hidangan.





 
 
 
* Udang yang masak terlalu lama akan mengecut dan kemanisan semulajadi udang akan hilang. Masa masakan Udang adalah amat mustahak. Udang yang besar selalunya dimasak 7-8 minit dan 3-6 minit untuk udang yang sederhana besar.Adalah mustahak tentukan kelikatan kuah sebelum memasukan udang ; dengan ini kuah bersama udang tidak perlu masak terlalu lama.*
 


Cucur Sayur Sedap...






Assalamualaikum wbt dan selamat malam..ni menu ptg kitaorg td, sebenarnya mmg dah lama Liza tak buat cucur sayur atau cucur udang cmni...padahal kalau buat, mmg anak2 pulun sakan,hihihi

Kali ni Liza campurkan sayur2 kat dalam tu, sng kan..kdg2 nak masak ni kita kena kreatif utk bagi anak2 dpt semua zat makanan..kalau ikutkan diaorang, mmg memilih aje la jawabnya...








RESEPI CUCUR SAYUR SEDAP

Bhn2:

4 cawan tepung gandum
1 s/teh baking powder
2 cawan taugeh
1 batang karot - hiris nipis
1 cawan daun kucai - cincang
1 cawan daun bawang - hiris
2 -3 sudu kecil garam
1 sudu teh pewarna kuning
1 biji telur
Air secukupnya
 






Cara cara:

- Satukan tepung, baking powder , garam dan kacau rata..
- masukkan air sedikit2 hingga mendapat adunan yg cantik ( tak terlalu pekat dan tak terlalu cair)..
- masukkan semua sayuran, pewarna kuning dan telur,  gaul rata..
- perap sekejap dlm 30 minit..
- panaskan minyak utk grg terendam dan rendamkan senduk skjp..
- cedok adunan td dgn senduk yg telah dipanaskan skjp dan masukkan ke dlm kuali..
- grg hingga keemasan dgn api sederhana..
- siappp


 

Tuesday, May 17, 2016

Kuih Cek Mek Molek....



Ni lagi satu kuih muih yg family Liza suka...tapi jgn mkn kuih ni masa panas ye, kang melecur pulak lidah tu kena air gula yg panas..

Satu lagi masa grg kuih ni api kena sederhana, baru la gula kat dalam tu boleh cair dgn elok..kalau api besar kang gula tak cair lagi tapi kuih dah masak...







RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK
Bhn2:
1 kg ubi keledek - rebus hingga empuk
2 cwn tpg gandum
1 s/besar marjerin
Sedikit garam

- gaulkan semua bhn di atas hingga sebati semuanya..
- bubuh gula / inti yg digemari.
- kalau nk buat cik mek just bbh gula dlm adunan td dan bntukkan.

- goreng dgn api sederhana hingga kekuningan dan gula cair.
- angkat dan sejukkan sebelum mkn ye, kang meletup pulak dlm mulut sbb air gula yg panas tu...hihii









Tepung Bungkus...Sedapnyaaaa





Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan yg Liza sayangi....ari ni terbuat tepung bungkus ni dgn sengaja sbb dah lama bebenor tak makan...hihhi
Dah pernah buat kat SINI, kalau nk tgk step by step pulak boleh g kat SINI ye...

Liza mmg selalu buat guna resepi nan satu ni sbb sng dan sedap...jom tgk resepi








RESEPI TEPUNG BUNGKUS SEDAP

Bhn2:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • sedikit garam
  • daun pisang - untuk membalut


Bahan2 inti :
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam








Cara membuat :

  1. Satukan semua bahan inti dan gaul rata. Kemudian kacau atas api perlahan hingga kering. Sejukkan kemudian bulat2kan inti kelapa tu.
  2. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran yang diperlukan. Lap daun pisang bersih2.
  3. Bancuh @ sebatikan tepung beras dengan santan. Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
  4. Letakkan 2 sudu besar bancuhan tepung diatas daun pisang. Kemudian letakkan inti yang telah dibulat2kan.
  5. Tutup daun pisang dan lipat kedua2 hujung daun dan kukus selama 15 minit.








# Pada pengalaman Liza, santan yg guna utk buat kuih ni jgn terlalu pekat... nnt kuih ni ssh nak diletakkan atas daun pisang dan akan ssh jugak la nk letak inti sbb dia akan licin dan berminyak...#

Friday, May 13, 2016

Bubur Kacang Hijau Durian....




Sebenarnya mmg dah lama Liza tak buat bubur kacang ni, bila ingatkan stok durian yg ada dalam fridge, apa lagi ...terus on je la, tapi kali ni mmg sengaja Liza lebihkan utk buat eskrem bubur...perghhhhh, lama bebenor rasanya tak mkn eskrem ni







RESEPI BUBUR KACANG HIJAU DURIAN
Bhn2:

300 gm kacang hijau
100 gm gula pasir
2-3 keping nise
3 helai daun pandan
250 gm santan

Secubit garam
Beberapa ulas durian - suka hati la nk letak bnyk mana ye


- bersihkan kacang hijau dan rebus hingga empuk.
- masukkan gula pasir, gula melaka dan daun pandan, masak hingga semua gula larut..

- akhir sekali masukkan durian dan santan tadi serta secubit garam..
- kacau2 hingga semua sebati dan mendidih..rasakan, kalau tak cukup manis bolehla tambah gula sikit..
- tutup api dan sejukkan sebelum di hidang



Kebab Roti Arab...



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Jumaat yg mulia ini...kebab ni mmg dah lama bebenor Liza buat, actually masa dok kat kat umah lama lg..ihihii
Jom tgk resepi kat bawah ye..






 
RESEPI ROTI ARAB HOMEMADE

Bhn2:

375 gm tpg hp ( high protein )
325 gm plain flour
12 gm cream magic super - Liza ltk bread improver je

90 gm gula pasir
30 gm susu pekat manis
8 gm yis saf
7 gm garam
390 ml air ( air sila mskkan 350 ml terlbh dahulu sila tgk keadaan dough ya jika perlu ditmbh airnya sila tmbh )
15 gm serat gandum
40 gm shortening
1 biji kuning telur A gred

* Utk pengguna BM ( bread maker )
Sila mskkan bhn cecair terlebih dahulu , garam kemudian br di ikuti dgn bhn kering ..setting to button 8 dough funtion 14 minute times 3x ...dough elastik perap 10-15minit , timbang 90gm rounding perap 5-10 minit ( perlu ditutup ya doughnya ) ..

Liza timbang doh 50gm je..






RESEPI INTI KEBAB BURGER

Bhn2:

1 biji bawang besar - potong dadu
3 keping daging burger - hancurkan sikit
Sedikit marjerin

- panaskan marjerin dan masukkan bawang besar yg didadu td dan grg hingga layu dan naik  bau..
- masukkan daging td dan masak hingga daging masak..
- angkat dan sejukkan sekejap atau boleh je terus masukkan dlm roti arab td..


Bhn sampingan:

Timun - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Mayonis
Sos cili atau sos2 kesukaan








Thursday, May 12, 2016

Donut Sedap Pakcik Kantin....




Kalau tgk kat dapo Liza ni kan, mcm2 versi donut ada...nak buat cmner kan, dah mmg Liza suka cuba semua resepi yg kawan2 ckp sedap...dan Alhamdulillah mmg semua resepi yg Liza dah cuba mmg sedap..

Kali ni Liza cuba resepi dr rakan fb Pakcik Kantin...terima kasih bnyk2 atas perkongsian resepi yg marbeles n terlajak sedap ni ye..








RESEPI DONUT SEDAP PAKCIK KANTIN

Bhn2:

500gm tepung gandum - guna tpg high protein
50gm gula
15gm susu tepung
10gm yis
5gm improver
1 biji telur
70gm marjerin
225gm air


- cara dia sama je mcm kita buat donut atau roti ye..Liza guna BM, senang..lebur je semua kt dalam tu 30 minit, keluarkan dan bulatkan doh..pastu leperkan sikit n biar dia kembang 2kali ganda..
- bila dah kembang, ambik sebiji doh dan buat lubnag guna jari je..
- goring dalam minyak yg panas TAPI dgn api perlahan ye..







Liza buat 2 versi, satu old school utk geng veteran dan satu lagi versi coklat utk kanak2 riang...


Baked Spaghetti....



Assalamualaikum wbt...baked spaghetti ni mmg sgt2 sng nk buat ye, yg ni pun Liza cuma guna leftover spaghetti dgn sos dia..Liza tak de sukatan yg spesifik utk resepi ni tapi Liza boleh bagi cara Liza buat ye...






RESEPI BAKED SPAGHETTI

Bhn2:

Spaghetti yg telah direbus secukupnya
Sos spaghetti secukupnya - Bolognese atau Carbonara
Sosej atau lauk2 lain
Cheese - mozzarella n cheddar
Capsicum - optional


- panaskan oven 180C
- lengser bekas dgn butter.
- gaul spaghetti dgn sos n lauk2, yg ni Liza agak2 je ye..
- masukkan separuh dr spaghetti td dlm bekas n tabur separuh dr cheese..
- ambil separuh lagi spaghetti td dan masukkan dlm bekas..
- akhir sekali taburkan cheese secukupnya dan capsicum..
- bakar dalam 15 minit atau sehingga cheese cair..
- senang kan..



Wednesday, May 11, 2016

Homemade Double Chocolate Chip Frappe ....



Ni la ice blended yg Liza buat tu, mmg best sgt2..tapi Liza ada ubah sikit tang gula tu n vanilla tu..jom tgk resepi asal ye






RESEPI DOUBLE CHOCOLATE CHIP FRAPPE

Bhn2:

1 cawan susu segar - Liza guna Magnolia
2 s/b gula
1/3 choc chips
3 s/b chocolate syrup
2 cawan air batu
1/8 s/t estrak vanilla

Liza skip gula n estrak vanilla...guna vanila syrup

- lebur je semua bhn dlm blender dan blend je..
- boleh je minum cmtu atau tambah krim atas tu
- mmg walllaaaaa

Selamat Mencuba



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...