Friday, August 19, 2016

Nasi Goreng Beriani Ketam...



Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat...nasi goreng beriani ni pernah pemes di kalangan blogger2 masakan satu ketika dulu...resepi asal rasanya dr K.Nor Ganu tu,tp sekarang ramai blogger yg seakan merajuk dan menyepikan diri dr dunia blogging...satu keadaan yg menyedihkan bg Liza, rindu suasana dulu2..

Malas dah nk emo2, jap lagi nk g amik adik blk sekolah...jom kita tgk resepi kat bawah ye, kali ni Liza masukkan sambal ketam leftover,hihihi









RESEPI NASI GORENG BERIANI
Bhn2;


2 pot beras basmathi (pot rice cooker) ~ dimasak( guna beras biasa)
1 keping dada ayam ~ dihiris kecil
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah beriani ~ bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 tangkai daun kari
1 biji telur ~ dikocok sedikit
1/2 batang carrot *
1/2 biji capsicum merah *- xde stok
1/2 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)- xde stok
Sambal ketam leftover
garam, gula
minyak

Cara2:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Kemudian masukkan ayam dan goreng sehingga ayam berubah warna.
Masukkan pula cili mesin dan goreng hingga garing.
Masukkan rempah beriani dan serbuk lada hitam.
Masukkan juga daun kari dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan sambal ketam, carrot, capsicum merah dan capsicum hijau serta garam dan gula secukupnya. Goreng sekejap.
Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga rata.
Alihkan nasi ke tepi kuali dan masukkan telur, kacau telur hingga menjadi spt scramble egg.
Kemudian kacau nasi bersama telur dan goreng seketika.
Angkat dan hidangkan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...