Wednesday, August 10, 2016

Kaswi Pandan Wangiii..




Assalamualaikum wbt...kaswi pandan ni mmg sdp, wangiii je..anak2 pun layan kuih ni

Terima kasih pada Kak Yati, dah banyak kali Liza buat kuih ni sbb family sukaaa sgt..
Biasanya kalau nk cari resepi kuih2 melayu, Liza mmg suka geledah dapur kak Yati ni..kat situ bnyk pilihan, pilih je yg mana berkenan..hihii






RESEPI KASWI PANDAN WANGI

Bhn2:

1 cawan tepung gandum
2 cawan air@ air pandan - blend 2 cawan air + 5 helai daun pandan
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
1 sudu kecil air kapur mkn


sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
1/2 biji kelapa parut * - putih sahaja

Cara-Cara

Blend semau bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.
Tapis bahan yang telah di blend ke dalam loyang & kukus selama 30 - 40 minit.
Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam.
Boleh la dihidang untk minum ptg @breakfast.


*Kalau masa angkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal...tunggu benar2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik dan licin.....Selamat Mencuba..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...