Wednesday, June 26, 2013
Popia Berinti Karipap...
Dah lama sangat rasanya tak buat karipap sbb malas nk buat inti..pastu hari tu tetiba je cik hubby rajin pulak g beli keledek kat pasar...huhuhuu, maknanya terpaksa merajinkan diri la utk buat inti karipap..
Lepas dah settle bab inti karipap, tibalah pulak bab nak buat doh karipap, punyalah malas rasanya, bkn malas sikit2 tau, ni dah malas tahap gaban dah, tak tau la kenapa jd mcm tu..last2 pikir punya pikir, teringatlah kulit popia yg ada dlm freezer tu, apa lagi, laju je menggulung...hihii
RESEPI INTI KARIPAP
Bhn2:
200 gm ayam @ daging - potong kecil2
500 gm ubi kentang / ubi keledek - potong dadu
5 ulas bwg merah *
1 ulas bwg pth *
1 cm halia *
Cili mesin - 2 s/besar
Serbuk kari ayam - 3 s/ besar
1 labu bwg besar - potong dadu
Daun sup - hiris nipis
Garam, gula dan serbuk perasa
Minyak utk menumis
Air
- tumbuk lumat bhn bertanda *.
- campurkan bhn2 tumbuk, cili mesin dan srbk kari bersama sdkt air..kacau sebati.
- panaskan minyak dan tumis bhn td hingga garing dan naik bau.
- masukkan ayam / daging dan sdkt air .
- bila ayam /dgg dah empuk, masukkan ubi kentang/ keledek bersama air secukupnya utk mengempukkan ubi td.
- masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
- bila dah cukup rasa dan ubi td dah empuk, masukkan daun sup dan bawang besar yg dipotong dadu.
- gaul hingga bhn2 sebati dan betul2 kering.
- sejukkan dan sedia digunakan.
- sesuai utk roti john, karipap, inti puff segera, inti roti, inti mini murtabak dll...
- blh jugak disimpan dlm freezer utk tahan lama...bila nak guna, keluarkan dan biar lembut baru guna..
# bila inti dah sejuk, ambil kulit popia, letak inti dan gulung..pastu boleh lah terus digoreng atau difrozenkan..#
Labels:
inti,
minum petang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hhiiii hii nak ketawakan diri dulu... mula2 baca tajuk ingatkan dalam popia tu ada karipap... rupanya inti kentang he he ehh.
Assalamualaikum liza....
Mesti best ni....popia berversikan samosa...kannn...good idea...boleh dicuba....:)
Post a Comment