Monday, June 3, 2013

Kuih Lapis 2...

 
 
Assalamualaikum wbt...huhhh dah lama rasanya tak bukak dapur ni, maklumlah tuan dapur sibuk sikit kebelakangan ni...bila dah lama tak jenguk dapur ni, rasa buntu pulak, no idea nak bebel panjang2...
 
 
Jom kita terus tgk resepi kuih lapis yg Liza ambik dr dapur Kak Yatie, tp Liza kaler yg biasa je, kalau nk tgk versi kalerful blh g kat dapur Kak Yatie ye...
 
 

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye kak...thnx

RESEPI KUIH LAPIS

Bhn2:loyang 9 inci

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau, putih, kuning,biru, purple,oren
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Yatie blend semuanya kecuali pewarna.
  2. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih serta warna yg lainnya.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.


 

2 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak..

suka makan kuih lapis ni..dah lama tak buat..

adda syuhada said...

sedapnya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...