Thursday, June 27, 2013

Puding Kastad Jagung...



Puding kastad jagung yg memang best, ni lah kali pertama Liza buat puding ni..kalau dulu selalu sgt makan yg arwah ma buat tp masa tu tak terbuka hati pun nak belajar, ingatkan boleh makan air tangan arwah ma sampai bila2...tp takdir menentuka segalanya dan siapalah kita utk menolak takdir kan...

Mmg tak pernah langsung terfikir nk buat puding ni tp bila jalan2 kat dapur Madihaa dan ternampak puding ni rasa terus tergoda..dan alhamdulillah sedap sgt puding ni dan yg penting semua org suka...


RESEPI PUDING KASTAD JAGUNG

Bhn2:

  1 tin jagung jenis creamy 

 1 tin susu cair

 3 cawan air

 1 1/2 cawan gula pasir

 1 1/2 cawan tepung kastad


 Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati

kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.

 2. Masak puding dengan menggunakan api yang

kecil...hinggalah masak (kental& berkilat). (MaDiHa masak

guna kuali)

 3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.

 4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...