Monday, June 10, 2013

Haruan Masak Lemak Cili Api...



Assalamualaikum wbt...hari ni anak2 dah mula bersekolah balik, lepas 2 minggu dok bersantai2 kat umah, maka hari ni bermulalah semula xtvt kelam kabut....hihihii

Hari tu try buat masak lemak cili api yg simple ni, adik yg suggest, dia pun dapat info ni dr Kak Temah, caterer dan pemilik restoran kat Labu...jom kita intai resepi Kak Temah ni ye..thnx ye Kak..


 
 
 
RESEPI HARUAN MASAK LEMAK CILIAPI
 
Bhn2:
 
5 keping ikan haruan - bersihkan dan rendam dgn air asam jawa 30 min.
15 biji cili api
11/2 inci kunyit hidup
Asam keping
Garam, perasa
Daun kesum
Santan secukupnya
 
- Ciliapi dan kunyit hidup ditumbuk lumat.
- masukkan santan, asam keping dan bhn2 tumbuk ke dlm periuk dan masak dgn api sederhana sambil kacau..
- bila hampir mendidih masukkan ikan, daun kesum, garam dan perasa dan sentiasa kacau supaya tak pecah minyak ye..
- bila ikan dah masak dan rasa dah ok, tutup api dan sedia dihidangkan...
 
 


1 comment:

JaSSNaNi said...

amboiiiii sedapnyyyyyyyyaaaaaa...!!!
mengelupur perut nampak ni... utk ibu dlm pantang mmg baik kalau ikan haruan ni kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...