Sunday, October 7, 2012

Homemade Butterscotch Sauce....


Assalamualaikum wbt dan salam manis dihujung minggu buat semua....ari ni Liza nk share resepi butterscotch yg Liza buat ari tu utk kek angah...butterscotch ni mmg best, lemak berkrim disukai ramai....hihihii

Macam2 resepi butterscotch yg ada, tp Liza berkenan dgn resepi dr MyR, thnx ye Zack...resepi yg simple tp hasilnya, wallllaaaa....


RESEPI BUTTERSCOTCH SAUCE

Bhn2:

  • 2/3C susu sejat@evaporated milk
  • 3/4C gula perang, dipadatkan
  • 2sb + 1/2sb butter
  • 1st esen vanila
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil (pastikan guna periuk tebal untuk elakkan butterscotch hangus).
  2. Kacau atas api kecil selama 5 minit atau hingga bahan kelihatan sudah bercampur.
  3. Kuatkan api dan biarkan ia mendidih sebentar, kemudian turunkan api kembali dan renehkan selama 5 minit, sambil kacau sekali sekala (sy renihkan 10 minit untuk pekatkan sos).
  4. Tutup api, biarkan pada suhu bilik atau 2 jam dan boleh disimpan dalam petiais utk tahan lebih lama...

6 comments:

mala said...

senang ja rupanya .. boleh la cuba nanti

Rohah said...

best resepinya ni..tq kak..share kat sini..

Liza said...

Mala, tu la pasal, akk pun baru tau sng je nk buat butterscotch ni...

Liza said...

sama2 rohah...

Marsita yahya said...

best ni..nanti leh cuba

Maria Ali said...

Tima Kasih banyak2 & nak minta halalkan resipi nie ya!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...