Wednesday, October 31, 2012

Banana n Chocolate Muffin....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...resepi muffin ni Liza ambik dr dapur Shahariah Masterchef....muffin ni mmg anak2 Liza suka sgt, siap diaorang suruh buat lg utk jamuan kat sekolah..mgkn budak2 suka dgn gabungan rasa coklat dgn pisang tu kan...ape2pun thnx pada Sha..

Liza share resepi kat sini pulak , mintak halal ye Sha...thnx

RESEPI BANANA N CHOCOLATE MUFFIN

Bhn2:

BAHAN A :
2 cawan pisang lemak manis *lecek*
3 biji telur
1 cawan minyak jagung
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan gula perang *brown sugar

BAHAN B :
2 cawan tepung kek 
1 sudu teh baking powder 
1/2 sudu teh baking soda 
1 sudu teh garam halus
*ayak bersama*


BAHAN C :
 
2 sudu besar serbuk koko *van hauten
1/2 cawan chocolate rice
 
CARA :

Campurkan *BAHAN A*
Dan putarkan sehingga sebati atau gula larut.
Campurkan *BAHAN B* & *BAHAN A*sehingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Dan campurkan satu adunan bersama *BAHAN C* gaul sebati.
Setelah itu masukkan adunan secara berselang-seli di dalam cup cakes. Lakukan sehingga selesai.
 
Panaskan ketuhar dengan suhu 160'C selama 10 minit dan bakar adunan selama 10-15 minit.
Angkat dan sejukkan.





5 comments:

Ucu Faridah said...

salam liza...
anak ucu pun hari ni jamuan..siap minta buatkn kek lagi..sampai sakit pinggan tulis 37 nama kwn dia satu klas...

muffin tu menggiurkan lah.....

Qhaifa Nur said...

sedapnya, dpt rasa kedua-duanya sekali...
gabungan yg sgt sedap juga.....

Liza said...

wslam ucu...huhhh sampai 37 org kawan dia ye...mmg blh patah pinggang omak...hihihi

Liza said...

betul tu nur, gabungan coklat ngn pisang mmg ngam kan...

JaSSNaNi said...

cabungan coklat ngan pisang mmg sedap.. aduhhhhhh.. terliur la plak.. >> walaupun baru menghabiskan 2 ketul sosej bun + bihun goreng 1 pek.. hahahaha <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...