Tuesday, October 30, 2012

Snow Cheese n Chocolate Cake....



Dah lama teringin nak buat dan nak rasa keenakan kek ni, tp disebabkan AMT yg tak cukup, terpaksa ditangguhkan...akhirnya kek yg tgh dok pemes ni dpt jugak Liza buat n rasa sehari sebelum raya korban hari tu....mmg betul seperti yg diwarwarkan, kek ni mmg sedap dgn rasa lemak berkrim...

Tp kali ni Liza olah sikit ikut selera anak2...satu lapisan tu Liza lapiskan dgn choc cheese cream..jom kita tgk resepi yg Liza amik dr dapur Rahel, resepi asal dr K.Zai, thnx pada keduanya...mohon share resepi kat dapur Liza pulak ye..

RESEPI SNOW CHEESE N CHOC CAKE

Bhn2:

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)


Untuk krim:

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga
tidak berketul-ketul).- Liza ketepikan 100gm

Bhn choc cheese filling:
 
60 gm cooking choc - cairkan guna double boiler
1 s/t choc emulco
- campurkan coklat cair dgn choc emulco, ketepikan sekejap.
- bila adunan coklat dah suam, campurkan dgn 100gm krim cheese td.
- gaul sebati dan ready utk digunakan..
 

Untuk Toping:

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)



Cara:

1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega
cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit
butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam
dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2
kek supaya menjadi dua bahagian.- Liza ptg 3 bhgn..
6.Sapukan cream cheese di atas lapisan pertama td, letakkan satu lapisan kek diatasnya dan sapukan cream cheese choc dan lapikkan kek terakhir diatasnya..
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.
 
 

                                             Taraaa, ni lah hasilnya....mmg marbeles...


3 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahh.. baru je tinggal komen kat n3 kerabu perut.. now dah kuar kek cheese yg menawan! sana sini org wt kek ni......... mcm teringin plak..

Asyifa Mustaffa said...

Sedapnya kak....nape hri nie rmai sngt yg tayang kek nie...bikin kecur air liur nie...

rahel said...

Salam Liza...
sedapnya kek tu kan..berbaloi buat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...