Saturday, October 20, 2012

Otak Otak Sardin....


Ni resepi yg Liza ambik dr MyR, thnx Kak Fida...mmg sedap  mkn dgn nasi sbb rasa dia ala2 rendang gitu...


RESEPI OTAK OTAK SARDIN

Bhn2:

  • 1 tin besar sardin(425g) - dilecek bersama sosnya sekali.
  • 10-15 tangkai cili kering*
  • 10-12 ulas bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1 hiris halia*
  • 3 batang serai*
  • 4 biji buah keras*
  • 2 sb rempah kari ikan/daging
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 5-6 helai daun limau purut - dihiris halus
  • 1 sb air limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak untuk menumis
  • secukup daun pisang dipotong 10x13 cm dan bersihkan
  • secukup lidi atau stapler utk menyemat daun pisang

Cara-cara
 
  1. Daun pisang dijadikan seperti mangkuk2 kecil dan ketepikan.
  2. Kisar bahan2 yg bertanda * hingga halus.Panaskan minyak di dlm kuali dan tumis bahan kisar dan rempah kari hingga wangi dan masukkan santan,garam dan gula secukup rasa.Masukkan pula telur,daun limau dan kacau rata lalu masukkan sardin lecek dan gaul hingga sebati.Masak hingga pekat dan masukkan jus limau.Matikan api.
  3. Bubuh adunan otak2 ke dlm mangkuk2 daun pisang.Buat hingga habis dan susun di dlm loyang.Kukus hingga 15 min. di dlm kukusan yg telah dipanaskan dulu. - Liza bakar 10 minit
  4. Siap untuk dihidangkan.
  5. ***Otak2 sardin ini dh terasa pedasnya...tapi pd yg suka lebih pedas boleh tambah hirisan cili merah atau cili padi dlm step no. 2,ikut selera masing2...
 

2 comments:

mala said...

anak mala suka betoi makan otak2 .. boleh la cuba nanti kalau jumpa daun pisang

Cheq Sue said...

macam best jugak resepi ni, tak la masak sadin macam biasa aje... cheq sue kalau sardin ni tak berapa sangat... boleh try nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...