Tuesday, August 28, 2012

Biskut Chocolate Chips Famous Amos ( Home Made)

Dah lama teringin nk buat biskut choc chips ni, akhirnya terlaksana jugak la raya kali ni...ni pun gara2 nk mencukupkan bekas sekut kat umah...hihihii, lagipun anak2 bersorak bila Liza cakap nk buat biskut choc chips ni...dalam bnyak2 resepi, pilih punya pilih maka terberkenanlah dgn resepi biskut ni...


Resepi ni hasil skodeng dr dapur Naz, dan resepi asal katanya Naz dapat dr dapur Fiza, thnx pada kalian berdua sbb biskut ni mmg best...Liza minta izin share resepi ni kat sini pulak ye, terima kasih daun keladi...



RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIPS FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain :

  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional


Cara-cara :

  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

 

Asam Gumpal @ Sagupal Bonda....


Ni sebenarnya sejenis bubur atau pengat yg mmg susah kita nk jumpa kat kedai2...biasanya kalau kat Kelantan pun bulan pose baru akan ada org jual bubur ni...buat pengat ni tak susah pun, biasanya arwah ma akan buat tanpa inti kacang kat dalam tu, maknanya simple je bubur ni..utk menu buka pose hari tu, bubur ni lah yg cik hubby request, dia mmg suka dgn rasa kuih muih yg ada sagu ni mgkn jugak sbb kekenyalan sagu ni yg mengasyikkan masa mkn....

Ok lah jom kita tgk resepi simple asam gumpal arwah bonda Liza...

RESEPI ASAM GUPAL / SAGUPAL BONDA

Bhn2:

2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
4 mangkuk santan
Sehelai daun pandan
Sedikit halba
Sehiris nipis halia
Gula pasir secukupnya
Secubit garam

- masukkan sagu ke dlm bekas besar dan tuang air panas mendidih sdkt2 .
- buat hingga sagu blh dikepal dan ketepikan.
- masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula hingga mendidih.
- masukkan sagu yg telah dikepal td dan masak hingga sagu betul2 masak.
- sejukkan dan sedia dihidangkan.. senangkan...


-

Ayam Goreng Serai....


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali pada 10 Syawal 1433H...semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan drNya dlm apa jua urusan yg kita lakukan...pada yg berpuasa sunat tu, selamat berpuasa Liza ucapkan dan semoga amalan kita akan diterima dan diredhai olehNya...Aamiin

Berbalik pada ayam grg serai ni, Liza buat utk mkn dgn nasi lemak hari tu...Dah pernah buat kat SINI, ok jom kita tgk resepi sekali lg ye...



RESEPI AYAM GRG SERAI


Bhn2:

1 ekor ayam - potong kecil
6 btg serai - titik
2 keping asam gelugur
Garam dan kunyit
Minyak
Gula

- gaul ayam bersama garam dan srbk kunyit
- grg 1/2 masak

Bhn2 kisar:

6 biji bwg merah
1 labu bwg besar
4 ulas bwg pth
20 tangkai cili kering - rebus
2 btg serai

Cara2:

- panaskan minyak lebihan grg ayam td dan tumis bhn2 mesin dan serai titik hingga garing.
- masukkan ayam yg telah digoreng dgn asam gelugur dan sdkt gula.
- goreng lagi hingga serai nmpk kering.
- masak hingga naik minyak.
* tak perlu masukkan garam kerana ayam dah masin...ape2 pun terpulang pd citarasa masing2..






Monday, August 27, 2012

Kek Chiffon Oren Buat Mak Buyung...


Hiihihhii. sebenarnya Liza buat kek chiffon oren atas request dr SIL yg tengah sarat mengandung tu...dia teringin sgt nk mkn kek ciffon oren ni...so Liza buatkan dan kirim pada adik yg balik kpg ari tu...walaupun rupa kek ni tak cantik, tp Za harapkan Kak Tie suka ye...

Resepi ni Liza ambik dr dapur CMG, kalau g dapur sana tgk kek chiffon dia cantik jerrr, jeles pulak Liza tgk...hihihii..ape pun terima kasih pada CMG dan Liza mintak share resepi kat sini ye...

RESEPI KEK CHIFFON OREN

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
1/2 s/t pewarna oren - Liza tambah

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

Nasi Dagang Bonda dan Gulai Itik Serati...

Assalamualaikum wbt dan salam 9 Syawal 1433H buat semua....pekabar semua, ni mesti ada yg demam terlebih mkn ketupat kan...hihiii..ape pun hari ni bermulalah balik persekolahan bg anak2, tp bg negeri2 pantai timur tu, semalam dah start sekolah kan...huhhh rasa tak puas lagi cuti seminggu ni, rasa macam pendek je kan....

Raya kedua hari tu cik hubby n anak2 request nasi dagang..hubby siap2 belikan itik serati lagi...haaaa, sape yg belum pernah rasa itik serati ni, mmg kena cuba sbb bg Liza isi itik ni lg manis dr ayam kpg....sedaaappp bg kitaorg...hiihhii




Nasi dagang tu Liza buat ikut cara arwah ma, campurkan sdkt beras pulut dan beras biasa..maknanya ada 3 jenis beras utk nasi dagang kali ni...cara2 dia sama jer cm buat nasi dagang yg biasa, Liza dah pernah buat kat SINI...

RESEPI NASI DAGANG BONDA

Bhn2:

4 cawan beras nasi dagang
2 cawan beras pulut
4 cawan beras biasa
3 cawan santan pekat
6 cawan santan cair
2 s/k halba
7 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2 inci halia - hiris nipis memanjang
Garam dan gula
- bersihkan semua beras dan rendam berasingan semalaman.
- masak santan pekat bersama garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.(agak2 naik wap shj)
- toskan semua beras. Campurkan semua dan kukus sekejap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair,bwg2,halia dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
- bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
- bila dah siap blh dihidangkan dgn gulai kegemaran dan acar timun.(Liza makan dgn gulai itik dan acar timun)

Untuk gulai itik ni pun Liza dah pernah buat kat SINI jugak...utk memudahkan Liza CnP kat sini pulak ye...

RESEPI GULAI ITIK SERATI

Bhn2:

1 ekor itik / ayam kampung - potong kecil
Santan pekat dr 2 biji kelapa
2- 3 s/b kerisik
2 paket rempah kari ayam - Liza guna Adabi
2 s/b ketumbar biji - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 inci halia
6 ulas bwg merah
2 ulas bwg pth
3 s/b cili mesin
Air asam jawa
Garam, gula, nise
Rempah 4 sekawan - Liza tambah yg ni

- lengkuas, halia, bwg merah, kunyit, bwg pth dimesin halus.
- campurkan bhn mesin dgn rempah kari, cili mesin dan sdkt air.
- panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bhn2 mesin td hingga wangi.
- masukkan air asam jawa dan masukkan juga itik yg telah dibersihkan
- bila nmpk itik dh kecut sikit,masukkan santan dan biarkan mendidih.
- masukkan ketumbar dan kerisik.
- masukkan juga garam, gula dan nise
- masak hingga pekat sedikit.
- sedia dihidang..

*TIPS ~macam2 cara untuk melembutkan dgg ayam kpg @ dgg itik..yg biasa Liza tgk org masukkan sdkt soda bikarbonat @ gula2 hack's hitam tu dalam gulai td...Insyaallah dgg akan cepat empuk dan tak akan ubah rasa masakan kita...



Monday, August 20, 2012

Menu 1 Syawal dan Salam Lebaran 2012...



Menu raya pertama kami semalam lemang beli ngn rendang daging, dan nasi impit kuah kacang...
Salam Lebaran 1433H utk semua keluarga dan kengkawan yg mengenali diri ini...maaf zahir dan batin....

Kek Lapis Kukus Asam Manis....



RESEPI KEK KUKUS LAPIS ASAM MANIS

Bhn2:

5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais
225 g gula halus atau
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen

Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati

Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
Ita bahagi kepada 6 bahagian ( anggaran 1 cawan setiap bahagian) dan letakkan setiap bahagian itu dengan pewarna yang disukai.
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama.
Kukus lapisan pertama selama 5~7 minit
Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula
Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya
Resepi ni liza amik dr dapur Kak Ita, thnx ye kak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...