Monday, August 27, 2012

Kek Chiffon Oren Buat Mak Buyung...


Hiihihhii. sebenarnya Liza buat kek chiffon oren atas request dr SIL yg tengah sarat mengandung tu...dia teringin sgt nk mkn kek ciffon oren ni...so Liza buatkan dan kirim pada adik yg balik kpg ari tu...walaupun rupa kek ni tak cantik, tp Za harapkan Kak Tie suka ye...

Resepi ni Liza ambik dr dapur CMG, kalau g dapur sana tgk kek chiffon dia cantik jerrr, jeles pulak Liza tgk...hihihii..ape pun terima kasih pada CMG dan Liza mintak share resepi kat sini ye...

RESEPI KEK CHIFFON OREN

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
1/2 s/t pewarna oren - Liza tambah

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

5 comments:

hazila said...

Selamat Hari Raya.

Saya ni dah naik fobia bila nak buat chiffon cake sebab asyik failed je...

Qhaifa Nur said...

salam....

ni kalau nur buat konpom tak jadi punya hik..hik..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Liza ..
Salam Aidilfitri buat liza sekeluarga.
Naz kan, x pernah lg buat kek chiffon. Hihihii.. buatkn utk Naz boleh?heheheeee...

Amie said...

He he hehh... moga mak buyung SIL dapat menikmati sepuas-puasnya kek chiffon oren tu ye Liza...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Aidilfitri...

sedap tu kek chiffon.. soal rupa tolak tepi yg penting rasa & kelembutannya yg mantap tu mmg takleh tahan.. hee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...