Wednesday, August 9, 2017

Tomyam Ayam Pekat Ala Thai....


Assalamualaikum wbt...buat lagi tomyam ala Thai ni sbb mmg suka sgt..dah jadi favourite family dah pun, tapi kali ni Liza cuba buat guna stok ayam pulak..ni pun hasil perkongsian rakan yg baik hati Roseusof , timakasih bnyk2 ye Rose sudi share tips ni
Rasa tomyam ni lg bertambah2 sedap bila gunakan stok ayam ni, jom try ye









RESEPI TOMYAM AYAM PEKAT ALA THAI YG SEDAP

Bahan A – Kisar

4 biji bawang merah
1 biji tomato
1 batang serai
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Bahan B

1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 -3sudu perencah tomyam - nk masukkan lebih pun blh
Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
4 helai daun limau purut
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air secukupnya utk kuah - Liza gunakan stok ayam
garam & gula
 

Cara – Cara :


  1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
  3. Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
  4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
  5. Siap untuk dimakan.

2 comments:

Norlaili A Wahab said...

wow! ada susu pekat. bertambah lah sedap :)

Liza said...

mmg bertambah2 la lemak tepu,kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...