Menu yg tertunggak, kali ni Liza cuba perap ayam dgn rempah beriani, mmg sedap...biasanya Liza akan buat sup je utk gandingkan dgn nasi ni tapi kali ni Liza makan dgn gulai kambing bawang goreng dan sambal jate..kedua2 resepi tu dr dapo Lina PG, tq ye fren...
RESEPI NASI AYAM GORENG / SOUTHERN YELLOW CHICKEN RICE
Bhn2:1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari*
Caranya
ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis ,2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang,
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (boleh guna beras jasmin)
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan
minyak utk menumis - mama guna minyak sapi + minyak masak
Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.
nota Dapurmamasya;
Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap
Memang sedap terangkat..
No comments:
Post a Comment