Assalamualaikum wbt..ni roti sourdough pertama yg Liza guna banetton basket / proofing basket..masa ni kecewa yg teramat sbb doh tu melekat kat basket dan keadaan roti ni mmg mengecewakan la, dlm erti kata lain, roti ni fail...
Tapi, bak kata orang practice makes perfect kan, Liza masih lagi belajar utk buat roti sourdough ni dgn perfect
Terima kasih pada Nurul atas segala tips yg diberi, resepi ni pun Liza gunakan resepi dr Nurul, tq sekali lagi ye dik..
COUNTRY SOURDOUGH LOAF
A:
150gm active starter
227gm air
350gm tepung roti
8gm garam
10gm madu / brown sugar
B:
2 s/b chia seed
1 s/b black sesame seed
2 s/b air
- campurkan air dgn healthy seeds dan rehatkan selama 1/2 jam
Cara:
1. Gaulkan semua bhn KECUALI garam dan healthy seeds, gaul kasar dan tutup dgn tuala lembap..rehatkan ( autolyse ) selama 1/2 jam
2. Garam dan healthy seeds dicampur selepas adunan direhatkan ..gaul garam dan seeds dgn tangan hingga semuanya mesra
3. Strecth n fold setiap 30 minit dalam tempoh 2 jam - ( S&F )
4. Proofing yg pertama di suhu bilik hingga naik sekali ganda - ( Bulk Fermentation )
5. Keluarkan dr mangkuk dan tekan lembut, bentukkan bulat dan rehatkan sebentar dalam 20 minit di atas papan pencanai - ( Bench Rest )
6. Bentukkan semula doh mengikut bentuk yg disukai samada bulat atau lonjong - ( Final Shape )
7. Masukkan doh td dlm banetton basket dan tutup dgn plastic wrap, biar doh naik 2 kali ganda
8. Panaskan oven pada suhu 220C selama 30 minit, keluarkan doh dr banetton basket , buat torehan dgn pisau di atas doh
9. Bakar selama 20 minit pada suhu 220C dan turunkan suhu ke 200C dan bakar lagi selama 20 - 30 minit.
* Sekiranya menggunakan Dutch Oven, bakar pada suhu 220C selama 20 minit dgn penutup dan selepas itu buka penutup dan turunkan suhu kepada 200C dan bakar lagi selama 20 - 30 minit.
No comments:
Post a Comment