Wednesday, May 1, 2013

Nasi Tomato CMG...




Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Pekerja kepada semua...sempena cuti hari ni Liza buatkan nasi tomato yg mmg Liza tak pernah buat selama ni, kebetulan pulak adik mmg dah request nk lauk kurma aym, so, Liza gandingkanlah bersama nasi ni...

Cari punya cari resepi, terjumpalah resepi nasi yg menggunakan bhn2 yg simple kat dapur CMG, terima kasih bebanyak ye Cik Mat sbb memudahkan keje Liza..hihihii


Liza mintak izin utk share resepi ni kat dapur Liza pulak utk rujukan di masa hadapan...thnx sekali lg ye Cik Mat..

RESEPI NASI TOMATO CMG

Bhn2:

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, diketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
2 1/2 camca besar sos tomato
1 kiub ayam "maggi"
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Kismis dan kacang peas untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMIS :-)
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu. Tambah sos tomato dan kacau rata.
  2. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
  3. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...


                          SELAMAT MENJAMU SELERA

8 comments:

JaSSNaNi said...

Seronok dok umah hari ni.. makan je keje.. dah takde buat keje kat opis.. SELAMAT HARI PEKERJA too liza.. :)
sedapnya nasi tomato CMG ni.. nani masak nasi lemak je.. esok baru tempek kot.. :)) hehehe

Amie said...

Liza.... jom tukau2 pinggan nak... kakak masak nasi ayam panggang rosmeary hari ni... nak jugak merasa nasi tomato cmg tuuu...

mala said...

nasi tomato mmg kegemaran family. hidangan utama hari raya pertama. selamat hari pekerja. kami bekerja, tak cuti sini :-)

adda syuhada said...

sedapnyaaa...

Engineers Love Cooking said...

Maaf mencelah. Mungkin boleh try resepi yang menggunakan sop tomato, mudah dan ringkas dihttp://cooking-engineer.blogspot.com/2011/12/nasi-tomato.html#axzz2S2DVbTTa

Wani Sukarno said...

salam kak liza .. lamanya x singgah dapur sini... bestnya nasi tomato .. wani pun x pernah buat lagi harap ada kesempatan nak masak huhu

Gee® said...

Lamanya tak singgah sini... sedapnya nasi tomato... anak2 gee mmg suka lebih2 makan dgn ayam masak merah...

Acik Erna said...

assalam Liza..nasi yang jarang acik buat..tapi anak2suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...