Wednesday, May 15, 2013

Solok Lada Bonda...



Sebenarnya solok lada ni kan Liza akan buat bila ada lada solok yg hijau ni je, sbb bg Liza kalau guna lada hijau yg biasa tu, rasa dia dah tak kick bg Liza...so, bila balik kpg, ni lah benda pertama yg Liza akan beli utk bawak balik..lada solok ni pulak ada 2 jenis, satu jenis yg tak pedas dan satu lg jenis yg pedas...jd pilihlah mana2 yg berkenan ye...

Nak buat solok lada ni tak susah pun, tp bab nk buang biji cili tu yg Liza tak berapa suka...hihihi, tapi kalau mkn sukaaaa jeee..

Jom la tgk resepi dr arwah ma ni, mgkn lebih kurang sama dgn org lain kan...

RESEPI SOLOK LADA BONDA

Bhn2:

10 biji lada solok / hijau - belah dr bhgn tangkai hingga hujung, jgn putus, buang biji dan rendam sekejap
4 ekor ikan sardine/ kembung - bersihkan dan ambil isinya
1 1/2 cawan kelapa putih - tumbuk sedikit
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
Garam, gula
1 cawan santan pekat

- tumbuk lumat isi ikan bersama halia dan bwg merah..
- masukkan garam dan gula secukup rasa.
- dalm satu bekas, bubuh kelapa putih dan bhn2 tumbuk td, gaul dan ramas2 sikit utk bg sebati antara kelapa dgn bhn td..
- sumbatkan kedlm lada solok td hingga padat dan susun dlm periuk.
- masukkan santan pekat ke dlm periuk dan masak solok dgn api sederhana hingga kering santan..

* lupa nak bagitau, tangkai lada jgn buang ye, buang biji sahaja*..

3 comments:

Amie said...

Sedapnya sook ada... Liza.. nak tapau ye, susah nak dapat lada solok kat sini.

HALAMANKU said...

wah sedap tu.. walau saya org johor tapi suker mkn nasi kerabu he he he tiap kali beli x lupa solok lada.. x pernah wat.. beli jek.. ni boleh la tapau he he he

Mamasya said...

Aslmkum liza
kalau solok lada mmg favorit.betul tu kalau solok lada elok guna jenis lada yg besar. di Cairo ni senang dpt lada besar gini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...