Tuesday, May 14, 2013

Kek Pisang Lembap...


Dah banyak kali buat kek ni, tp tu masa zaman tak jd blogger lg la...suka sgt dgn resepi kek pisang ni...ambik dr dapur CMG, terima kasih ye Cik Mat sbb kek pisang ni mmg dah jadi peberet family Liza...

Liza mohon share resepi kat sini ye...thnx sekali lg..

RESEPI KEK PISANG LEMBAP

Bhn2:

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

14 comments:

umi's cup cake said...

Salam Kak Liza,
Sedapnya nampak kek pisang ni.. suami awal2 dah order suruh buat macam kak liza...

Qhaifa Nur said...

pagi tadi buatkan cekodok pisang sarapan anak2...
Nur pernah letak coklat chip dalamnya, sedap juga...
tengok kek pisang lembap ni pun sedap...

JaSSNaNi said...

lama gak tak buat kek pisang.. sedapnya haiiiihh..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sedapnya kek pisang...bau dah sampai sini dah :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kek pisang memang wallah! hehee... stok pisang rumah akak baru je habis haa...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

last week baru buat but ai boh choco chip sama...my son suka ai x brpa but cokodok layannnnn ngeeee

Ucu Faridah said...


dlm hati dh bekobar2 nk menerai kek pisang yg lembap liza ni....

tp mana satu nk kena buat dulu...kek pisang ke cekodok.....

Amie said...

Adeehhh Liza oiii... menggoda sungguh kek pisang lebap tu... rasanya dah lama tak mengekek pisang ni...teringin!

hazila said...

Kek pisang ni versatile. Tak ada pasang surut.

Bbwana adienia said...

salam kak liza..

memang nampak lembab dan sedap kek pisang tu..

Cheq Sue said...

perghhh...kalau ada stok pisang tingin gak nak coba...tapi nan hado, mampu tengok je la dulu ^^

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Liza

Naz rasa, Naz pun pernah buat kek pisang resepi ni kot.. Alahhh..apa2 kek pisang pun memang sedap jer di tekak Naz ni..hihihii...

rahel said...

Salam Liza...
Sedap kek pisang pekenah kopi panas....da lama kita tak buat kek pisang....teringin la

heder satilan said...

UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...