Sunday, February 17, 2013

Puding Susu 3 Rasa....


Puding yg sedap n paling penting senang nk buat...tulah faktor utama utk Liza yg tak berapa rajin ni....hihihihi

Resepi asal dr Gert, Liza tak dapat cari link dia, tp bebanyak terima kasih atas sumbangan resepi ni...Liza CnP resepi dr Kak Yati yg asalnya puding susu pandan, tp Liza ubah suai sikit guna stroberi n blueberry flavour..

RESEPI PUDING SUSU 3 RASA

Bhn2:
  • 600 ml air( saya tambah 100ml air)
  • 120 gram gula pasir
  • 8 gram serbuk agar agar(saya guna 10 gm serbuk agar-agar)
  • 3 helai daun pandan
  • 300 ml susu segar
  • 200 ml santan
  • beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau - guna strawberry emulco n blueberry emulco
Cara membuatnya :
 
  1. Satukan serbuk agar2, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
  3. Tapis dan bahagi kepada 3 bahagian, satu letak blueberry emulco dan pewarna purple, satu bhgn strawberry emulco dan pewarna pink, selebihnya biarkan warna asal.
  4. Tuang adunan blueberry/ purple kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
     
  5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna pink atas puding blueberry tadi , ulang cara yg sama utk lapisan putih/ asal.
  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk2....
**Sementara menunggu adunan blueberry beku di dlm acuan, adunan stroberi akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan purple beku,bolehlah tuang adunan pink ke atas permukaan adunan purple dan buat benda yg sama pada lapisan asal/ putih..


1 comment:

asyifamustaffa said...

Warna warni tu....:-)
Sedap ni sbb mcm2 rasa ada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...