Assalamualaikum wbt. bersua kembali kita pada hari Jumaat yg mendung ni...dlm seminggu dua ni cuaca tak menentu kan, dlm keadaan cmnilah selalunya dtg mcm2 penyakit mcm batuk, selesema n demam...so, jagalah diri dan org2 yg kita sayang sebaik mungkin...
RESEPI PULUT KUNING
Bhn2:
1 kg beras pulut - basuh
Sdkt pewarna kuning
1 kpg asam keping
Sdkt serbuk kunyit - bancuh dan tapis
Air secukupnya
- rendam semua bhn di atas semalaman utk mendapatkan warna kuning yg cantik.
1 biji kelapa- perah dan ambil santan dlm 3 cwn
Garam
Gula
- masak santan bersama gula dan garam.
- bila gula dan garam dh hancur dan santan dah naik wap, tutup api.
Cara ;
- panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus beras pulut lebih kurang 15 minit.
- angkat dan terus gaulkan dgn santan yg telah dimasak td.
- gaul hingga pulut lembut dan sebati.
- sedia dihidang dgn lauk kesukaan..
Dah lama jugak tak buat pulut kuning ni, kali ni Liza buat dgn ayam masala, mmg suka buat ayam ni sbb bg Liza ayam ni mmg sedap n simple sgt..
RESEPI AYAM MASALA
Bhn2:
1 ekor ayam
5 s/b rmph kari
ayam
3 s/b cili
mesin
1 paket kecil
kerisik
Bwg pth- 2
ulas*
Bwg merah- 6
ulas*
2 biji bwg
besar*
Halia*
Tomato
Ubi kentang
- bhn2 bertanda *
ditumbuk @ dimesin
Bhn tumis:
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
3 ulas bwg kecil -
dihiris
2 tangkai daun
kari
Minyak masak
Garam,gula dan
serbuk perasa
- perapkan ayam dgn
bhn2 mesin,cili mesin,kerisik dan rempah kari ayam.
-perap lebih kurang
1 jam @ semalaman..lg lama lg sedap
- panaskan minyak
dan tumis bhn2 tumis hingga naik bau.
- masukkan ayam yg
telah diperap kemudian masukkan sdkt air,garam, gula dan perasa.
- masukkan juga ubi
kentang yg dipotong baji.
- masak hingga
kering dan ayam empuk
- akhir sekali
masukkan buah tomato
* kalau nak tambah
daun kunyit pun blh, tp abaikan daun kari..
4 comments:
makan dengan serunding pun sedap juga...ayam masala sedapnya nampak
Kakak dapat tengok aje Liz. Kuning kilat pulut kuning Liz. Macam nak ngap aje kakak.
wow...!! perut tgh lapar nih... bak nk sepiring
Tengah hujan ni... dapat sepiring alangkah enaknya! Tambah pula secawan minuman panas... lepas tu sambung tidur he he hehhh
Post a Comment