Taraaa...ni lah kek brthday angah ari tu...soooo simple sbb umi dia kan keras tgn, bab2 deko ni mmg fail....tp kek ni mmg best ala2 secret recipe gitu...hiihiii perasan tak sudah...
Jom la kita terus tgk resepi ye, kalau sesape yg berkenan tu nnt boleh la try buat ye, kompem tak nyesal...
Bhn2 kek span vanila:
(A)
160 gram gula
15 gram ovalette
(B)
5 biji telur
125 gram tepung
1 sudu teh baking powder
(C)
40 ml air
(D)
75 gram mentega, dicairkan
1. Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
3. Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
4. Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9". Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.
5. bila kek dah sejuk bahagikan kek pada 3 lapisan..
Resepi buterscotch blh klik SINI ye...
Bhn2 cream cheese filling n topping:
300gm cream cheese
700gm whipping krim
- pukul whipping krim hingga kental dan ketepikan.
- dlm bekas lain, pkl cream cheese hingga lembut dan campurkan dgn whipping krim td.
- adunan dibahagi 3 bahagian..
Bhn2 chocolate ganache:
120gm coklat masakan
80 gm whipping krim / susu cair
- cairkan coklat masakan secara double boiler, angkat dan masukkan whipping krim / susu cair dan gaul sebati.
- sejukkan sebelum digunakan..
Bhn lain:
Badam cincang secukupnya - panggang
CARA MELAPIS KEK:
- ambil sekeping kek, sapu krim cheese hingga rata, lorekkan dgn chocolate ganache dan butterscotch, tabur badam cincang...
- ambil sekeping lagi kek dan ulang langkah di atas.
- ambil pula lapisan kek terakhir dan sapu krim di seluruh permukaan kek dan lorekkan dgn coklat dan butterscotch...tabur badam di keliling atau atas kek....
- hias ikut suka kreativiti masing2 ye, jgn ikut Liza yg keras tgn ni...ihihhihi
- simpan dlm petiais lbh kurang 4 jam atau semalaman sebelum mkn....
6 comments:
sekeras2 tangmu itu... keras lagi tanganku ini he he hehh cantiklah Liza!
omgggg lizaa..ni mmg kalah secret recipe nih!! x tahan akak nengok..adehhh!!
wooww wooww wwoooww.. nampak sangat sedap kek kak liza tuh.. mak aiiihhh.. trasa nak try kek ni la pulak. giler kek saya skrg ni kak. hehehe.. kalau sebut bateschoth tu dah terbau2 kewangian n kesedapannya tu :-)
salam k.liza... cantiknya kek k.liza tu. nampak sedap...teringin nak buat jugak...
salam k.liza... cantiknya kek k.liza tu. nampak sedap...teringin nak buat jugak...
Uwaaaa...mana tahan tengok kek lama2 ....ngences wo...
Post a Comment