Thursday, August 30, 2012

Ketupat Palas Serunding Daging....


Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua..kalau thn lepas Liza buat ketupat lemak mkn dgn rendang, tp thn ni Liza buat ketupa manis berintikan serunding daging kegemaran anak2...bkn ape, sbb raya pertama hari tu dah jemu mkn lemang dgn rendang, so raya ketiga Liza buat ketupat manis pulak utk bekalan ke Melaka...senangkan, tak yah nk leceh2 bawak rendang....hihihii

Sebenarnya bnyk cara orang buat ketupat daun palas ni, ada yg masak beras pulut dgn santan terus, tp bg Liza, Liza akan masak santan dan pulut berasingan, lepas tu baru digaulkan bersama...


Ni rupa ketupat yg belum rebus

Ok, jom kita tgk cmner Liza buat ketupat manis inti serunding daging ni pulak ye...

RESEPI KETUPAT PALAS SERUNDING DAGING

Bhn2: ( dpt lebih kurang 55 biji)

1 kilo beras pulut - bersihkan dan rendam semalaman
2 cawan santan pekat
Garam
3 cawan gula
Daun palas secukupnya

- kukus pulut hingga masak lebih kurang 20 - 30 minit.
- masak santan bersama sdkt garam dan 2 s/b gula yg diambil dr gula di atas.
- angkat pulut dan masukkan ke dlm bekas besar dan gaulkan bersama santan masak dan kesemua gula di atas.
- gaul hingga betul2 sebati..( proses ni ambil lebih kurang 5 - 10 minit).
- ambil daun palas dan masukkan sdkt pulut, tekan2 hingga pulut td sdkt padat baru masukkan serunding dan masukkan pulut lg dan tekan lg pulut hingga betul2 padat..
- ikat ketupat dgn kemas, kalau tidak nnt dia akan terbuka masa rebus..
- buat hingga semua ketupat siap..
- sediakan periuk. Lapisan bawah sekali diletak saki baki daun palas yang tidak diperlukan lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ketupat dari menjadi hangit. Letak ketupat palas di atasnya.
Masukkan air. Pastikan tuang air 1/4 dari tinggi ketupat. Rebus ketupat sehingga air menjadi kering. Sejukkan dan siap untuk dihidang.
( AIR JGN TERLAMPAU BNYAK MASA MEREBUS, NNT KETUPAT AKAN MENJADI LEMBIK)




Serunding ni blh guna apa2 pun serunding yg kita suka..kalau buat sendiri, puas hati dapat bbh serunding bnyak2....hihihiii


8 comments:

Tina Othman said...

sedapnya kak liza, tina tau makan je hehe, dulu2 arwah mak ada jgk buat tapi tak penah nak belajar pun

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai suker ketupat palas...
hari tu dah puas makan yg my umi buat...alhamdulliah kenyang @.@

Liza said...

sama la dgn kak liza...skrg baru terkial2 nk buat sndiri bila arwah dah takde...huhuhu sdh...

Liza said...

alhamdulillah, dpt jugak mek jepun mkn ketupat palas kan....hhiihi

Norzie hany said...

Sedapnya ketupat palas.Hidangan yg wajib ada di rumah mak akak setiap kali raya.

Qhaifa Nur said...

salam....

setiap tahun mak mesti buat tapi kosong saja...
yang ada isi dalam jarang saya jumpa....sedapnya rasa

EmbunRosaliza said...

Assalam liza, sedapnya ketupat, tahun ni MIL akk tak buat tak merasa bungkus ketupat.

Eh gula tu 3 cawan ke 3 sudu liza, mcm byk lak 3 cawan hehe

Liza said...

wslam kak rosa...gula tu mmg 3 cawan sbb ni ketupat manis, tak yah cicah dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...