Wednesday, August 8, 2012

Nasi Goreng Ayam....walllaaaa


Resepi ni amik dr dapur Kak Nor, dah banyak kali buat sbb family Liza suka dgn rasa nasi ni,,,sedaappp...thnx pada Kak Nor dan Ika yg telah menyumbangkan ressepi nasi yg best n simple ni..jugak pada semua yg terlibat ...hhihii

RESEPI NASI GORENG AYAM

Bhn2:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.


Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair

Ni la pelakon tambahan, sup tulang n timun 


Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. >> Dan sup :D yg ni versi siam :D ~ K.Nor juga buat sup : Liza pun buat sup tulang jugak...

7 comments:

faa.rosli said...

sedapnyer...

zila norazila said...

kak liza..wt buka best jgk nie kan:) nampak sedapp la kak:)

Zaliedana said...

Assalam kak liza,wah lamanyer xsinggah sini..nasi ayam goreng mmg sedap,ayam tuh lmbut jerk kan,sy pernah gak wat dulu..erm akak dah byk ke wat kukis kak.

tun_telani said...

salam kak liza, ni antara feveret tun jugak nii.. mmg sedap sgt2

Salmi Khairil said...

http://www.mychefreadymeals.com/2012/07/mychefs-gourmet-blog-challenge.html jom sertai hadiah sangat2 menarik

ijayuji said...

Salam kak liza cayang, walahhhhhhh! yummyliciousss!!! kita ari ni bako ayam ajerrr sbb malas nak masak nasi hihihi..

Amie said...

Walalaaaa... memang sedap ni nasi goreng ayam Liza weiii... happy belated birthday buat abang yang ke 17 ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...