Sunday, September 11, 2011

Nasi Lemak Spesel...

Assalamualaikum dan salam ceria semua...ari ni liza nak share nasi lemak spesel yg buat semalam..resepi yg sedap ni dapat dr makcik yg datang menziarah...nasi lemak ni spesel bg Liza sbb menggunakan bhn2 yg selalunya org tak gunakan ms masak nasi lemak ni...ape bhn2 tu, jom kita tgk..


                             Nasi lemak ni makan dgn ayam grg brempah beriani...mmg sedappp


NASI LEMAK SPESEL

Bhn2

Beras - 3 cawan
Santan - 3 cawan (ikut kualiti beras)
Halia 1/2 inci
Bwg merah 3 ulas
Bwg pth 1 ulas
Halba 1 s/teh
Lada hitam 1 s/teh
Daun pandan
Serai
Garam secukup rasa
Sdkt minyak masak
Beberapa titik pewarna kuning (utk bg warna pd nasi)

- halia, bwg merah dan bwg pth dihiris halus.
- panaskan minyak dan tumis bhn hiris bersama halba dan lada hitam.
- dlm periuklain, masukkan santan, daun pandan dan serai  ke dlam beras.
- masukkan pula bhn2 yg telah ditumis  ke dlam periuk berisi beras tadi.
- masukkan juga garam, pewarna kuning dan masaklah seperti biasa.
- dah siappp.


Nasi ni mempunyai rasa dan rupa yg berbeza dr nasi lemak biasa..so pade sesape yg nak mencuba nasi ni utk open house, sila2 kanlah...gerenti tak menyesal...hihihi..Liza share jugak resepi ayam grg berempah beriani yg datangnya dr dapur Dayang..thanx yer share resepi yg best ni..

AYAM GRG BEREMPAH BERIANI

Bhn2
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu) -Liza xletak
  • garam dan gula secukupnya

bahan-bahan kisar :

  • 6-7 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Cara-cara :

  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...