Friday, September 9, 2011

Rendang Kacang Panjang Ayam..


Sebenarnya tak pernah pun makan rendang sayuran macam ni, tp bila tengok kat majalah Keluarga Edisi Ogos ari tu rasa nak cuba la pulak....Alhamdulillah rasanya sedap seperti yg dijangka walaupun resepi asal menggunakan kerang..Jom kita layan resepi yer...


                                                Masih dalam proses pembikinan...hehehe

RENDANG KACANG PANJANG AYAM

Bhn2

500 gm kerang - Liza guna ayam
500 gm kacang panjang - hiris serong
500 ml santan pekat
2 helai daun kunyit - hiris
3 sudu mkn kerisik
3 sudu mkn minyak
8 ulas bwg merah*
3 ulas bwg pth*
3 cm halia*
2 cm kunyit hidup*
3 btg serai*
10 tangkai cili kering*
Garam dan gula secukup rasa

- Bhn2 bertanda * dikisar halus
- panaskan minyak dan tumis bhn kisar td
- masukkan isi ayam dan santan
- bila isi ayam dah masak, masukkan santan, garam dan gula
- kacau sebati dan biarkan pekat, masukkan kerisik
- kemudian masukkan kacang panjang dan daun kunyit..
- biarkan selama 2 minit dan gaul sebati..

-kalau guna isi kerang, masukkan akhir sekali bersama kcg panjang                      



Dah pun siap dan bolehlah dimakan bersama nasi putih @ nasi impit...cubalah sebab rendang ni mmg best...walllaaa



2 comments:

Cheq Sue said...

sekali tengok nampak macam teresek pulak liza

Liza said...

aahhkan Cheq Sue,tp bila mkn mmg rasa macam rendang...myb sebab ada daun kunyit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...