Salam di hari minggu semua..mesti tgh sibuk memasak kan, ke ada yg dah lunch?Liza belum lunch lg,kebetulan ada jiran ajak g open house kat umah dia..jadi masak nasi lemak utk hantar kat angah jer..daging masak hitam ni Liza masak 2 hari lepas, mmg sedap..sumber dr Saji Ogos2011 tp Liza buat ikut cara Liza sendiri...resepi yg simple,semua bhn2 pun dah ada kat umah.jadi Liza pun try la buat guna baki daging rusa yg buat rendang ms raya ari tu...meh kita tgk resepi yer...
DAGING MASAK HITAM MANIS
Bhn2
400 gm daging btg pinang - Liza guna daging rusa
3 labu bwg besar
10 ulas bwg pth
350 gm cili kisar
4 tangkai cili padi
Minyak masak
3 sudu besar kicap hitam
2 sudu besar sos tiram
Hiasan :
5 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau - Tak letak
50 gm daun sup
2 helai daun limau purut
- Bwg besar, pth dan cili padi dikisar halus
- Tumis semua bhn kisar dan cili kisar, biar hingga naik bau
- Masukkan daging dan tutup kuali agar daging cepat lembut
- Bila dgg lembut, masukkan kicap manis dan sos tiram
- Akhir sekali masukkan daun sup, daun limau dan cili merah..
- Gaul rata dan hidangkan..
1 comment:
itu resepi yang dipakai orang sabah ke??
Post a Comment