Tuesday, September 25, 2012

Ayam Panggang Berempah Harum....




Assalamualaikum wbt semua...Ni pulak ayam panggang dr dapur Raidah, mmg sedap dan berbaloi baloi buat sendiri...sebenarnya Liza ubah suai sikit tang nama tu utk membezakan antara ayam panggang yg Liza buat...ape2 pun ayam panggang ni mmg sedap, mintak halal resepinya ye Raidah...

RESEPI AYAM PANGGANG BEREMPAH HARUM
in progress...hihihii
 Bhn2:

1 ekor ayam ~ bersihkan
3 ulas bawang putih ~ cincang
1 sudu besar rosemary
1/2 sudu kecil ketumbar biji
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil rempah campuran
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar madu
1 sudu minyak zaitun

Cara penyediaan:1. Lumurkan ayam dengan semua bahan dan perapkan sebentar.
2. Bakar di dalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak






Liza mkn ayam panggang ni dgn sos blackpepper dan cicahan sos utk ayam bakar..

RESEPI SOS AYAM PANGGANG

Bhn2:

Cili mesin
Sdkt cuka
Sos tomato
Gula dan garam

- masak semua di atas api perlahan hingga sdkt pekat.
- sedia dihidang bersama ayam bakar..

* semua bhn kat atas tu agak2 la ye, ikut selera masing2..*

Monday, September 24, 2012

Kuih Serimuka Pandan...


Kuih serimuka pandan peberet anak2...dah selalu buat guna resepi ni, Liza dpt dr majalah Perempuan Okt 2004....mak oooiii lamanya resepi...ihiihi

Resepi ni mmg kompem menjadi dan yg pasti SEDAP bebb....hiihii, jom la kita tgk resepi ye, pada sesape yg nk mencuba tu, silakanlah, kompem tak nyesal punya...

RESEPI SERIMUKA PANDAN

Bhn2 A:( bawah)

150 gm beras pulut - rendam 3-4 j
200 ml santan cair
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan

- kukus pulut dgn santan cair, garam dan daun pandan.
- bila pulut dah masak, tekan biar pulut td padat, ketepikan..

Bhn2 B:(atas)

1 cawan pati santan
2 biji telur
5 s/b gula pasir
25gm tpg gandum
1 s/b tpg jagung
Sdkt pewarna hijau
Sdkt air perahan daun pandan - Liza guna 3 helai daun pandan + blend dgn pati santan  + telur dan tapis
Sdkt garam

- bancuh tpg jagung, tpg gandum, garam, gula dgn bancuhan santan bersama telur td.
- masukkan sdkt pewarna hijau dan gaul sebati.
- masak atas api perlahan hingga naik wap.
- tuangkan adunan td di atas pulut yg telah ditekan mampat.
- kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
- sejukkan sebelum dipotong....



Paru dan Limpa Masak Ungkep....

 

Assalamualaikum wbt dan salam manis buat semua kengkawan...disini Liza mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada rakan2 blogger yg telah dipanggil utk menjadi tetamu Allah swt...semoga kalian mendapat haji yg mabrur dan dipermudahkan segala urusan olehNya....Aamiin

Berbalik pada resepi ungkep ni, sebenarnya ari tu dok intai kat dapur Kak Nor masak ungkep ni, tp Kak Nor guna hati ngn pedal ayam..so, disebabkan nk sgt rasa masak ungkep ni, Liza pun guna je la paru dgn limpa yg dh mmg ada kat umah masa tu...mmg sedap cik hubby  ngn anak2 cakap, alhamdulillah..

Resepi asal katanya dr Cida de Nuanza, izinkan akk share resepi kat sini pulak ye...thnx ye pada kedua2nya...


RESEPI PARU DAN LIMPA MASAK UNGKEP

Bhn2:

1/2 kg paru + limpa
1 keping asam gelugur
cili merah / hijau- hiris
1 biji bwg besar- hiris
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 btg serai- diketuk
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih

Bahan2 tumbuk:
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih


 
Paru dan limpa di gaul dgn srbk kunyit dan sedikit garam kemudian digrg sebentar.
Panaskan minyak. tumis bwg besar, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
Masukkan juga serai dan cili hiris
Biar hinga naik bau
Masukkan bahan2 tumbuk + serbuk jintan manis + serbuk ketumbar + asam gelugur
Tambahkan sedikit air dan gaul sebati
Masukkan garam dan sedikit gula jika suka
Biarkan bahan2 sedikit garing dan kering (kemudian boleh ditambah lg sedikit air jika inginkan sedikit basah)
Masukkan paru dan limpa yg telah digrg td dan gaul sebati..



Friday, September 21, 2012

Udang Kam Heong / Kam Heong Prawn....


Sesekali ubah selera dgn masakan ala cina sedap jugak kan....Liza ambil resepi ni kat dapur Nurul ...tp Liza guna udang, tetap sedap dan menepati selera kami....bau dia pun wangiii sangat....
Nak guna lauk ape pun tak kisah sbb kita yg nak mkn kan...jom kita tgk resepi yg best ni...

RESEPI UDANG KAM HEONG / KAM HEONG PRAWN

Bhn2:

500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung) - Liza gantikan dgn udang
~ ayam diperap ngan tepung jagung dan sedikit garam, then goreng & toskan.

4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung n sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
4. Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.
5. Masukkan garam, gula dan angkat.
6. Hidangkan bersama nasi putih.


Disebabkan dah lama tak mkn sardin, so Liza gandingkanlah dgn udg kam heong ni....serasi tak? hiihhii...

Roti Sumbat Sardin...thnx kak Nor


Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Jumaat penghulu bagi semua hari....alhamdulillah kita masih diberi kesempatan utk menjalani kehidupan di smping mereka yg tersayang....

Roti sumbat ni sebenarnya dah lama Liza buat, tp biase la kan...tuan umah bz memanjang...kalau bz masuk duit mcm orgt lain xpe la jugak, ni habuk yg bnyak....kuikuikui

Sape yg nak tgk cmner Kak Nor buat roti ni, klik la kat link tu ye...sebenarnya Liza buat terrrhangus sikit..sikit ke? hihihii..kalau tgk Kak Nor buat, cantik je...tp tak pe, yg penting sedapppp...tp Liza tak buat sos sbb bg Liza roti ni dah ckp segala rasa dia...(alasan org malas)..hihihi
So, pada sesape yg nak mkn dgn sos, tgklah kat SINI ye...

Liza mintak izin share kat sini ye Kak Nor, terima kasih daun keladi...

RESEPI ROTI SUMBAT SARDIN

Bhn2:

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.


- Potong dua bun burger.
- Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
- Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
- Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
- Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
- Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.

- Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
- Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
- Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..

Thursday, September 20, 2012

Roti Kak Nor Lagi dan Lagi....


Kali ni Liza buat lagi roti guna resepi dr Kak Nor, roti ni tetap lembut walaupun dah simpan sehari semalaman, kali ni Liza buat inti kaya gambar atas tu dgn roti kosong tabur gula gambar bawah....jom kita try  buat..

RESEPI BASIC SWEET DOUGH KAK NOR

Bhn2:

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan

Sambal Sotong Bonda....



Sambal sotong yg best sangat kalau digandingkan dgn nasi lemak....perggghhh mmg tak hengat dah segala lemak2 yg bertambah....kompem bertambah2 nasi, anak2 ok je, umi ngn papa yg melebih2...ihihihi

Resepi sambal sotong ni mmg selalu sgt arwah ma buat dulu2, tak tau la pulak kalau kebetulan sama dgn resepi org lain kan....ye la, kdg2 bila kita ckp ni resepi kita, kebetulan sama jugak dgn resepi orang lain, so pusing punya pusing mmg akan sama jugak la kan....hihiihii

Sambal sotong arwah ma ni guna santan pekat , tak macam sambal2 lain...jom kita tgk resepi ye...

RESEPI SMABAL SOTONG BONDA

Bhn2:

1/2 kilo sotong - bersihkan
2 biji bwg besar *
2 ulas wg Pth*
Cili mesin - terpulang pada kepedasan
1/2 cawan santan pekat
Sedikit air asam jawa
Minyak
Garam
Gula, perasa

- mesin semua bwg dan tumiskan bersama cili mesin hingga naik bau
- masukkan air asam jawa dan masak hingga kering, masukkan santan pekat dan biar mendidih.
- masukkan pula sotong, garam, gula dan perasa
- masak hingga naik minyak dan pekat.
- sedia dihidang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...