Thursday, January 8, 2015

Bingka Keledek...


Assalamualaikum wbt...ari ni Liza nak share resepi bingka keledek yg buat ari tu...ni kes nak perabis stok keledek yg hubby beli, sian pulak tengok dok tersengih berhari2...hihii

So terlintas la nak buat bingka keledek ni sbb nampak sedap n senang je nak buat..terima kasih Kak Yati atas resepi ni, ternyata bingka ni mmg sedap...jom kita tengok resepi ye..





RESEPI KUIH BINGKA KELEDEK

Bhn2:

  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cwn santan
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • 1 cwn keledek oren yg telah di rebus 
  • sedikit pewarna oren


  • CARA-CARA
    1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang/acuan dengan mentega/ minyak. Ketepikan...
    2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
    3. Tuang dalam loyang/acuan yang telah di panaskan terlebih dahulu. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih betul2 sejuk barulah di keluarkan dari acuan/loyang.Bolehlah dipotong. 

    Ni tips dr kak Yati ye...

    **Saya guna acuan bahulu pecah 8. Sapukan minyak masak di sekeliling acuan, panaskan di atas api dapur guna api sederhana. Tuangkan adunan sehingga bunyi berdesir, biarkan dlm 3 minit. Selepas itu, masukkan dlm oven yg telah di panaskan dan bakar kuih selama 1 jam atau sehingga tepinya garing yg di inginkan. Dah siap, biarkan kuih betul2 sejuk barulah keluarkan dari acuan. Tips ni bagi mengelakkan kuih melekat dari acuan. Adunan kuih ni sesuai guna loyang 8 inci. Kalau guna acuan pecah 8 dpt dlm 3 keping kuih.




    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...