Monday, October 31, 2016
Sambal Belacan Goreng...sedapnyaaa
Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...memandangkan anak2 bercuti agak lama sempena cuti Deepavali ni, Liza rasa ramai yg ambil kesempatan utk bercuti kan...tapi macam Liza ni, yg tgh menghitung hari utk angah nk menghadapi SPM, mmg tak ke mana2 la sbb angah pun still ada tuisyen, tak pe la kan..berkorban utk masa depan, lps ni dah boleh cuti puas2...hihii
Sambal belacan ni Liza gandingkan dgn sup sayur campur ngn ikan haruan goreng, mmg bertambah2 nasi,sedapppp
Resepi ni hasil dok intai kat SINI, tq fren...macam yg Liza buat ni Liza mesin sampai lumat sbb malas nk tumbuk, hihii..boleh je nak tumbuk2 kasar cm kat SINI...
RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG
Bhn2:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji tomato masak ranum (dadukan)
3 biji bwg merah
1 inci belacan
garam secubit gula/perasa
sedikit minyak masak
Perahan jus limau kasturi/limau nipis
Cara-cara
- Bawang dikupas kulit kemudian potong 2 .
- Cili padi, cili merah dan cili hijau dipatah2kan
- Panaskan minyak. masukkan bwg,cili padi,dan belacan.
- Goreng hingga agak layu (Sekejap jer)
- Terakhir sekali baru masukkan tomato goreng dalam 1min jer -Angkat dan masukkan dlm lesung/pengisar dan tumbuk lumat -Tambah garam dan perasa/gula.Perahkan jus limau nipis/limau kasturi.
- Sesuaikan rasa.
Labels:
sambal /pencicah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
SEDAPNYER...
Post a Comment