Gara2 tengok Kak Yati tayang kek pisang ari tu, maka antu pisang ni pun cari lah pisang utk dibuat kek...ari tu masa ada org order tak de la pulak terliur, tapi hari tu...hhhmmmm
Kak Yati cakap resepi ni dia amik kat dapur K.Azie...Liza mintak izin utk share kat sini pulak ye, terima kasih..
Pada yg nak mencuba tu, silakan lah ye, sebab insyaallah takkan menghampakan..
RESEPI KEK PISANG LEMBAP N SEDAP
Bhn2:
4 biji pisang emas - lecek ( Liza guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A
Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
Bahan lain:
1 sb jus limau nipis
1sk esen vanilla
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. - Liza gunakan suhu 150C utk bakar kek ni..
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.
Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam.
No comments:
Post a Comment