Saturday, March 9, 2013

Ikan Bakar Sambal Berempah....






Ikan bakar sambal berempah resepi che ngah ( makcik) Liza, mmg best dan dah bnyak kali buat, kiranya jd menu peberet family Liza la ni...tak semestinya guna ikan siakap, kembung, jenahak dan ikan2 lain pun bolh jugak...che ngah cakap resepi ni pun dia dapat dr jiran India kat rumah dia...

Jom kita tgk resepi ye, senang je, Liza pernah buat kat SINI dulu, terima kasih che ngah...

RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL BEREMPAH

Bhn2:

1 ekor siakap / ikan lain
4 s/b cili mesin
1/2 labu bwg besar - mesin
1 ulas bwg putih - mesin
1/2 inci halia - mesin
1 s/b rempah kari ikan
Air asam jawa
Garam dan gula
Sdkt minyak - tumis
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil

- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.

- Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang(macam bungkus la ikan tu, so wap tak keluar). Masak pada api sederhana hingga ikan masak.
- Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang...

6 comments:

tun_telani said...

Salam kak liza.. sedapnyer ikan bakar.. terbayang2 ikan bakar kat kota kinabalu..dpt ikan fresh mmg amik nasik sikit je, meratah ikan yg banyak ^^

miss aini said...

SLM...saya nk mtk resepi ny ye..nk try utk diner mlm ni=)

Mizan Mustapa said...

Slm kak liza... Minta kebenaran utk cuba buat utk buka puasa arini... tQ

Amirul Fahmi said...

Salam kak, campur belacan sikit ok x?

A'AN BARNEY said...

dah cuba guna resepi ni. sedap! ^^

asma said...

sangat sedap sis.. cuma berapa lama masak ikan tu.. saya pki foil dan lumur atas ikan masak 20 min kulit ikan dah hangit.. hihi.. tapi dlm elok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...