Assalamualaikum wbt dan salam manis di pagi Jumaat 03 Jamadilawal 1434H....semoga kita semua mendapat keberkatan atas apa yg kita lakukan, insyaallah...Aamiin..
Hari tu tgk daging palembang kat dapur Madihaa, terus terliur...dan esoknya terus buat...Tapi daging Liza tak berapa hitam mgkn jugak sbb kurang kicap...ape2 pun rasa dia tetap mantap...
Liza mohon panjangkan resepi kat sini pulak ye..thnx pada Madihaa dan Kak Maria Hakem...
RESEPI DAGING PALEMBANG
Bhn2:
700 gram daging - potong lebar dan
nipis
2 batang serai - dititik500ml santan pekat - (boleh gantikan dengan kerisik) ~ MaDiHaA tak gunakan santan tapi masukkan kerisik homemade anggaran 3 sudu besar
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
(MaDiHaA tambah 1/2 batang carrot & sebiji bawang besar yang dibelah 6)
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis
bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup
kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan
seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan
santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan
kuah menjadi pekat.
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.
No comments:
Post a Comment