Tuesday, July 17, 2012

Apam Aiskrim Cornetto....


Assalamualaikum dan salam manis buat semua...pekabar semua, Liza harap kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya Yang Esa...Aamiin...apam aiskrim ni dah lama Liza buat tp biase la kan, sibuk memanjang...ari ni baru sempat nk publish...semua ni gara2 terliur tgk kat dapur kak Ita dulu....tp Kak Ita buat lg cantik wooooo....hihihihi

Tp Liza guna kan resepi apam dot dot sbb aiskrim soda mmg takde stok...hihiii, sedap n lembut jer apam ni....Liza rasa semua dah tau buat kan, tp Liza letak jugak resepi kat sini utk rujukan di masa akan dtg....

RESEPI APAM AISKRIM CORNETTO

Bhn2:

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Pewarna
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).





Utk cara cara kat bawah ni, Liza ambik dr dapur Kak Ita,,,thnx ye kak
Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.
Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.

Adunan tu ita tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.

Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.
Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk
Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.



Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler.
Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat)
Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita.

Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje..

4 comments:

Qhaifa Nur said...

salam....

sangat kreatif, satu pembaharuan buat apam...betul2 macam ais kerim.......

Nuwairani Ismail said...

nani dah simpan resepi ni dari blog kak ita..tapi belum terbuat lagi...

sambal puyuh tu selalu nampak time kenduri kawen je. tapi kite bukan pengantin, jadi tak boleh la nak merasa..

Liza said...

wslm nur..betul tu, anak2 akk siap panggil eskrem lg...hihiihi

Liza said...

ala ciannya nani, kalau cmtu kena cepat2 jd pengantin la baru blh merasa telur puyuh tu....hihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...