Tuesday, July 17, 2012

Kuetiaw Goreng Tomyam....

Ni pun menu yg tak ingat bila dah buat, makcik dah lupo....almaklumlah dah veteran....hihihii
Resepi ni simple je kan, hubby ngn anak2 cakap sedap..tu yg penting, walaupun senang tp sodappp...



RESEPI KUETIAW GORENG TOMYAM

Bhn2:

  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan - Liza guna kuetiaw
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 5 s/b cili mesin
  • Sdkt kicap manis
  • 1 biji telur -xletak
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi
Cara cara:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam dan cili mesin. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus

Resepi asal ni dr Kak Nor tp Liza dah olah sikit ikut selera family Liza....terima kasih ye Kak Nor sbb berkongsi macam2 idea dlm masakan ni...sebenarnya Liza selalu jugak cari resepi2 kat dapur Kak Nor ni....hihihihii

2 comments:

ieja amieja said...

assalam kak..
terliur tgk menu akk tu..tekak tgh x sedap ni nmpk kuetiaw akk berselera la plk..

Ucu Faridah said...

pagi tadi telor puyuh...tak sampai 1/2 hari dah hidangkan keutiaw pulak...kalau mcm ni alamat gumbiranye kalau kita ddk dekat2 kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...