Friday, June 17, 2016

Ayam Goreng Bawang Putih..

 
 
 
 
Punya la lama gambar ni dok terperok dlm folder, rupa2nya tak de lagi resepi ni kat dapo kecik ni...adoiii hai
Buatnya mmg dah tersangat lama, bila tgk Lina dok tayang kat fb terus rasa tergoda sbb dia mmg pndai menggugat imanku,hihihi
 
Anak2 pun tak sedar yg krup krap diaorg dok gigit tu sebenarnya bawang putih,ihhii...ayam ni mmg best, ala2 berempah gitu
Liza CnP je resepi ye Lina, malas bebenor nk menaip..
 
 
 





RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH 

Bhn2:

1 ekor ayam (LiNa Pg guna 10ketul ayam)
3 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk2 sedikit hingga pecah2 kasar)
Sedikit kiub ayam/serbuk cukup rasa
Sedikit Daun Kari (LiNa Pg tambah, rcp asal xde) 
Minyak
* LiNa Pg Gaul tabur kiub ayam/serbuk cukup rasa pada bawang putih***

Bahan B (Tumbuk Halus/Kisar)

8 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sudu teh serbuk ketumbar 
 1 inci kunyit hidup
1 cm halia

Bahan C

1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk kari (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh garam
Sedikit perasa
2 sudu teh baking powder

Cara Membuat:

  1. Ayam dibersihkan, LiNa Pg rendam sekejap dalam larutan cuka.Bilas bersih dan toskan
  2. Sediakan mangkuk besar, satukan bahan A dan bahan B , gaul hingga rata. Masukkan ayam, gaul rata dengan bahan perapan.Perap selama 20 minit hingga bahan perapan meresap. Sementara itu, boleh disediakan bawang putih goreng.Bawang putih yang telah diketuk2 tadi ditabur sedikit garam.
  3. Sediakan kuali non stick tuangkan minyak yang banyak. Pastikan minyak hingga benar-benar panas. 
  4. Masukkan bawang putih(dan daun kari) dan goreng bawang putih hingga garing dan crispy, angkat dan toskan.Ketepikan.
  5. Kemudian bolehlah menggoreng ayam yang telah diperap tadi.Goreng secara deep fry hingga kuning keemasan guna api sederhana sahaja supaya ayam tidak hangus.
  6. Setelah ayam garing..taburkan gorengan bawang putih dan daun kari tadi.
  7. Sedia dihidang.Rangup dan sedap
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...