Friday, June 10, 2016

Apam Balik Lembut...



Apam balik ni dah lama pun Liza buat, kiranya menu petang sebelum pose lagi...tapi hari ni baru berkesempatan nk share kat sini...
Resepi ni Liza amik kat Mesra.net tapi Liza ubahsuai sikit ,hihii






Kalau nk lagi creamy, boleh je masukkan semua sekali susu segar tu..maknanya sukatan air tu gantikan dgn susu segar






RESEPI APAM BALIK LEMBUT

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
½ camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 cawan air

1/2 cawan susu segar
½ camca kecil baking powder


Bhn inti:

1 cawan kacang tanah (dimesin)
1 tin jagung
1 cawan gula
Sedikit mentega

Coklat rice
Chia Seed






 

Cara:
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Perap selama 1 jam..
Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.






Yg ni Liza buat versi nipis, letak coklat rice..

1 comment:

Nooriah Abdullah said...

lama nya tak makan apam balik ni
buat sendiri lagi best kan liza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...