Tuesday, June 28, 2016

Rojak Mee Mamak Kebaboom...



Assalamualaikum wbt dan salam manis ...rojak mee ni rasanya Liza dah buat minggu lepas lagi tapi tak berkesempatan utk publish resepi kat sini..
Alhamdulillah, mmg sedap resepi dr ayahanda Mamak Haji ni, tak sia2 mencuba..terima kasih bnyk2 sbb sudi share yg sedap ni
Kuah ni asalnya kuah passembor, tapi disebabkan family Liza mmg suka mkn rojak mee, so kita tambah itu mee laa,hihii
Nnt next time blh buat passembor pulak, kuah pun ada lg tu..







RESEPI KUAH ROJAK / PASSEMBOR

Bhn2:

1 kg keledek oren ~ di rebus dengan air hingga empuk. Kemudian di lenyek hingga lumat.
Jika tiada keledek oren gantikan keledek putih tapi kena tambahkan pewarna oren dalam kuah nanti.
Air rebusan keledek boleh di gunakan untuk blender kledek jika inginkan keledek yang lebih halus.
Air rebusan keledek juga boleh di gunakan semasa memasak kuah nanti. Tambahkan secubit garam semasa merebus keledek

500gm udang kertas atau udang putih ~  kerana kulitnya lembut, disagai (goreng kering tanpa minyak) sehingga aroma udang kering naik. Ia juga elakan bau hamis udang yang tak menyenangkan. Kemudian udang ini dikisar halus. Jika tiada udang boleh juga guna sotong dengan kaedah yang sama, di sangai. Sebaiknya menggunakan udang kerana lebih sedap. Udang tu tak payah siang, cuci bersih dan terus sangai dengan kulit dan kepala-kepalanya sekali.

125gm kacang tanah ~  Kacang tanah digoreng tanpa minyak ( sangai)  jangan sampai hitam. Kalau tak pandai goreng kering, goreng gunakan sedikit minyak. Kacang bahagi kepada dua bahagian, satu di kisar halus dan satu bahagian tumbuk kasar. Kacang ni kalau ranjin boleh buang kulit, kalau taknak buang pun tak apa.

5 hingga 8 keping biskut marrie ~ rendam dengan sedikit air hingga kembang, kemudian di kisar.

10 ~ 15 tangkai cili kering ~ kalau suka pedas boleh lebihkan. Lada kering ni di goreng dengan sedikit minyak. Boleh guna minyak lebihan goreng kacang tanah. Tapi pastikan goreng bawang merah dan bawang putih dahulu sebab lebihan goreng lada kering minyakknya akan hitam. Lepas goreng lada ini di kisar halus.

15 biji bawang merah ~ belah 4 dan goreng hingga layur kemudian di kisar halus. Boleh juga guna bawang besar dalam 3 biji, hiris dan goreng hingga layur.

3 ulas bawang putih ~ di goreng hingga layur
Bawang putih ni boleh goreng sekali dengan bawang merah. Kemudian kisar halus. Boleh campur cili, bawang merah, bawang putih dan kisar sekali hingga halus.

Bahan Lain

Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar asam di bancuh dengan air dan ambil jusnya
4 liter air atau secukupnya ~ boleh juga guna air rebusan keledek
Sedikit pewarna oren jika kuah kurang oren warnanya  -Liza tambah pewarna merah



Cara Membuatnya


Masukkan bahan yang di kisar ke dalam periuk atau kuali
Masukkan udang yang di kisar halus
Masukkan air secukupnya dan rebus hingga kuah mendidih
Bila kuah dan mendidih masukkan kacang tanah kisar
Masukkan keledek yang dah di lumatkan
Tambahkan pewarna jika kurang oren warnanya
Masukkan juga air asam jawa
Perasakan dengan garam dan juga gula.
Kuah pesembur ni manis, jadi lebihkan gula dan rasakan secukup rasa
Akhir sekali masukkan biskut marrie yang telah di kisar utk memekatkan lagi kuah rojak.
Biarkan dan renihkan kuah hingga sedikit pekat
Kuah ni kalau dah sejuk dia lagi pekat tau.. jadi kena agak-agak lah kepekatannya







Bahan2 lain:


Mee - celur kejap
Timun
Sengkuang - kali ni Liza xde
Telur rebus
Tauhu grg
Cucur sayur


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...