Tuesday, April 26, 2016

Kari Ayam Nasi Kandar Powerrr..


Assalamualaikum wbt..ni menu yg Liza buat 2 minggu lepas ye..pestime cuba buat resepi ni, mmg tak rugi..
Sangat2 sedap n menepati selera kami sekeluarga..Resepi ni Liza amik dr dapur mamak haji yg selalu share resepi2 yg marbeles,tq ayahanda..
Liza buat ari tu utk mkn dgn nasi ganja, resepi nasi tu nnt senang2 Liza masukkan ye..








RESEPI KARI AYAM NASI KANDAR POWER

Bhn2:



  • 1  Ekor Ayam - di potong 12 ketulan dan dibersihkan.
  • 2 Biji Bawang Besar dihiris (untuk tumis).
  • 2 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 2 Biji Tomato (dipotong dan dipenyekkan).
  • 2  biji cili hijau dibelah dua.
  • 2 tangkai daun pudina, daun pandan dan daun kari.
  • 125ml ( 1/2 cawan) santan pekat tak di mestikan.- guna yogurt
  • 3-4 biji kentang sederhana besar, di kopek dan di potong dua.
  • 1 1/2 liter air atau kepekatan yang diperlukan.
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup di rasa.

  • Rempah-ratus yang diperlukan:
    • 1/2 paket  (125gm) Serbuk kari daging.
    • 2 keping kayu manis 2 inci.
    • 3 kuntum bunga lawang,
    • 5 biji buah pelaga.
    • 5 kuntum bunga cengkih.
    • 1  sudu besar serbuk kas-kas (pilihan)
    • 1 sudu besar serbuk cili.
    • 1 sudu besar serbuk jintan putih.
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 1 sudu kecil garam masala.









    Cara Penyediaan:


    1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, bila naik aroma, masuk daun pandan (dipotong 4″- 3 helai), perlahankan api dapur.
    2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga hirisan bawang bertukar kepasa warna keemasan, masukkan pes halia bawang putih. Bila campuran ini mula keluarkan aroma, masukkan pes rempah (pes rempah ini boleh  disediakan dengan adunkan rempah kari ayam, jintan putih, kas-kas dan cili serbuk dengan sedikit air dan jadikan pes). Masukkan ketulan ayam dan kacau serata untuk rempah  disaluti ketulan ayam dalam 2-3 minit. Proses semua campuran ini digoreng hingga warna kekuningan. Masukan bahan perencah bersama sedikit air.Kacau aduan sehingga sebatian ini mengeluarkan bau yang harum.Masukan daun kari di ikuti dengan ketulan ayam sehingga ketulan ayam tadi sebati dengan bahan rempah. Dalam proses ini api dapur mestilah kecil supaya rempah ini tidak hangus.
    3. Masuk segera air 1 1/2 liter dan diikuti ubi kentang dan tomato. Besarkan api dapur dan biarkan kuah kari anda mendidih selama 20 minit. Kecilkan api dapur dan biarkan kari anda dalam keadaan reneh 15 minit lagi atau sehingga ubi kentang dan ketulan ayam anda masak sempurna.  Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kehilangan dari dagingnya. Sekiranya kuah anda pekat dan ingin cairkan jangan gunakan air biasa tetapi gunakan air mendidih. Bila gunakan air biasa kari anda akan wujudkan dua lapisan, dengan rempah kari akan terapung di atas permukaan atas dan air  dibawah.
    4. Masukan santan, tomato, cili hijau,cili merah dan garam masala dan garam. Kacau rata supaya minyak tidak terapung di atas permukaan kari. Bila kuah kari anda mula mendidih semula, matikan api  dapur dan teredia lah kari untuk hidangkan. Taburkan daun pudina di atas kari dan tutup hidangan anda dengan penutup.







    Nota:

    Kepekatan kari anda tertakluk berapa lama anda masak kari anda dan yang memekatkan kari anda adalah gelatin yang dihasilkan oleh collegen ayam semasa proses renehan kari. Collegen yang banyak terdapat dalam ayam ialah bahagian kaki dan leher. Jadi gunakan kaki ayam dan leher  dalam masakan kari.


    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...