Thursday, April 7, 2016

Bistik Ayam Sedap...




Sebelum ni asyik dok buat bistik daging je, so kali ni kita try pulak buat bistik ayam ni...mmg tak rugi mencuba,serious sedap..
Terima kasih sahabatku Nadz, kali ni tak yah diet laa...kita makan sampai puas dulu...hihi

Liza buat agak berkuah sikit ye sbb ahli dlm umah ni mmg tak reti mkn lauk yg kering2...jom tgk resepi






RESEPI BISTIK AYAM BEST


Bahan-bahan perap :
  • 1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)
  • 3-4 sudu besar sos lada hitam (apa-apa jenama pun tak pe) ATAU 2 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk)
  • 2 sudu besar tepung gandum
** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan-bahan tumis :
  • 4 ulas bawang merah - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 labu bawang besar - dimayang bulat
  • 2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar majerin
Bahan-bahan lain :
  • 2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
  • 2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 3 sudu besar puri tomato
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air (250 ml)
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4
  • Sedikit kacang pis (optional)
  • Sedikit daun sup untuk hiasan (optional)
  • Garam dan gula secukup rasa







Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
  2. Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
  5. Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
  6. Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
  7. Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup sekiranya suka.



3 comments:

tok mak said...

Sedappp yumm yummm

tok mak said...

Sedappp yumm yummm

Liza said...

mmg sdp tokmak...hihiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...