Thursday, November 20, 2014

Sotong Kicap Pedas Madu Karipulai / Daun Kari....



Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa masakan ni...dah banyak kali Liza tgk Lina post kat blog dia, tapi tiap kali nak buat ayam pulak xde...jadi semalam mmg tekad nak buat walaupun hero lauk ni takde..tgk dlm freezer ada sotong, so apa lagi, godek2 je la ngn sotong pun..

Walaupun hero kali ni Liza tukar, tapi rasanya mmg tetap mantop...jadi tak hairanlah Lina buat berulang ulang kali...thnx Lina dan Kak Azlina utk resepi ye...



RESEPI AYAM / SOTONG KICAP PEDAS MADU KARIPULAI

Bhn2:

  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian -Liza tukar dgn sotong
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya(xboh tadak stok)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah) - guna jugak
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)-tambah jugak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat Mahsuri (linapg tambah)- Liza pun tambah 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)- xletak
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit hirisan ketumbar - xde stok
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan-Liza tambahkan tepung jagung
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan madu, kacau2ka.Tambah garam dan gula (jika perlu).
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato, cili merah dan hirisan daun ketumbar.Kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.




6 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam liza,
versi ayam n udang dah pernah buat karipoley ni..versi sutun lom pernah lagi...
Nampak sedap tu guna sutun

Liza said...

wslm lina, mmg sedap guna sutun ni, Alhamdulillah semua suka..
nnt nk ikut resepi asal pulak, guna ayam,ihhihi

umi's cup cake said...

waa..kak liza..hero tukar tapi rasa tetap mantop

lia ummiirfan said...

wee... sotong pulak.. mesti try ni.. selalu masak dengan ayam je.. :))

adda syuhada said...

waa..memang teruja ni..terima kasih kongsi resepi K.Liza

tun_telani said...

Salam kak liza.. yg versi ayam xbuat lagi, kuar versi sotong pulak. masuk queue yg makin lama makin panjang berjela jela.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...