Saturday, November 1, 2014

Ayam Popcorn Rangup....



Assalamualaikum wbt...jumpa lagi malam ni ye, terlebih rajin la pulak..almaklumlah bnyak sgt gambar dlm folder yg terbengkalai...hihihi
Ayam ni pun dah berzaman jugak Liza buat, tuan tanah sendiri pun dah lupa...resepi ni Liza ambik kat dapur Ros tapi ada yg Liza tambah sikit...sori ye Ros
Terima kasih banyak2 ye Ros , anak2 akk suka sangat ayam popcorn ni...



RESEPI AYAM POPCORN RANGUP

Bhn2:

400gram daging ayam bahagian dada ( tanpa tulang)- guna 2 keping dada ayam
1 biji putih telur
1/2 cawan tepung kanji kentang ( katakuriko) buleh ganti dengan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung goreng ayam ( cap ape2 pun boleh)
sedikit lada sulah
sedikit garam
2 s/k serbuk kari

Cara-Caranya

1. Potong dada ayam kecil-kecil, basuh dan toskan.

2. gaul ayam dengan garam dan lada sulah serta tepung gandum, ketepikan, pastikan ayam disalut dengan tepung gandum.

3. Campurkan tepung goreng ayam bersama tepung kanji kentang, kemudian celup ayam bersama putih telur, akhir sekali gaulkan ayam bersama adunan tepung kanji kentang dan tepung goreng ayam tadi, buat satu-satu supaya adunan betul-betul menyaluti permukaan ayam popcorn.

4. Susun di atas pinggan dan masukkan dalam ruang sejuk beku, biarkan seketika lebih kurang 1 jam, setelah beku baru masukkan dalam bekas plastik atau boleh digoreng terus. Ini bagi mengelakkan ayam melekat antara satu sama lain setelah dipacking nanti.



Nota:
Masa dah selesai salut ayam popcorn ni, bila nak masuk peti ais sejuk beku tu, pastikan ayam tidak ditindah satu sama lain supaya ia tidak melekat, bila dah betul-betul beku baru boleh di satukan di dalam plastik atau bekas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...