Tuesday, November 4, 2014

Apam Harum Manis....




Assalamualaikum wbt...dah lama teringin nak merasa apam ni, akhirnya terbuat jugak weekend ari tu..gabungan rasa gula caramel ngn pisang tu mmg mengancam..patut la pemes sgt apam ni kat fb..
Liza skodeng resepi ni kat dapur ratu talam kita kak Yati, katanya resepi asal dr rakan fb Shasha..terima kasih ye.





Masa bancuh adunan tu, Liza ingatkan dah tak jadi sbb adunan ni likat..masa kukus tu tak henti2 doa biarlah jadi elok sebab nak sangat rasa apam yg pemes ni..Alhamdulillah dgn kuasaNya, kembang n gebu je apam ni, dan mmg harum..



RESEPI APAM HARUM MANIS

Bhn2:

300 gm gula melaka* (* di masak dan sejukkan)- Liza guna gula biasa
 350 ml air*
- Liza cairkan gula hingga perang dan masukkan air dan biar mendidih.., ketepikan.
 
3 biji telur
200 gm gula pasir halus

350 gm tepung gandum diayak bersama*
1/2 sudu teh baking powder *

1 sudu teh soda bikarbonat* (* di satukan dan di ayak)

secubit garam*
1 sudu teh esen vanila
50 gm majerin/ butter - dicairkan
8 - 9 biji pisang raja / berangan / emas dihiris bulat2 anggaran 1 cm

Cara-Cara

  • Masak gula Melaka bersama air hingga larut dan tapiskan biarkan sejuk.
  • Pukul telur dan gula halus hingga kembang dan pekat.
  • Masukkan tepung yg diayak bersama sedikit2 dan kacau rata.
  • Masukkan sirap gula Melaka, esen vanila dan majerin/ butter kacau sebati. (jika masih bergentel2 tapis adunan tersebut)
  • Sapukan acuan kecil dgn sedikit minyak.
  • Masukkan adunan dlm 1/2 acuan sahaja. Kemudian letakkan hirisan pisang tadi diatasnya dan kukus selama 15 hingga 20 minit.
  • Setelah masak biar sebentar kemudian bolehlah keluarkan dari acuan dan hidangkan.




Liza buat separuh adunan je, dapat dalam 15 bekas yg kecik2 macam kat atas....


6 comments:

Bazlia Amoza said...

wah...kreatifnya..suka lah :)

kehidupan sihat said...

nampak lebih sedap dgn pisang tu..boleh buat niaga dah ni kak. :)

Anna Qawina said...

Alaa..comey2 je pisang tu..hehe

cheq da said...

Dah la cantik...sedap plak..boleh gemuk la cam ni yea kak..

water lily said...

comel sangat apam ni..

Phin Phin Tjia said...

Cik Liza,semua masakan cik sungguh menyelerakan dan cik betul-betul terampil membuatnya.I sangat salute.Tumpang copy paste ya cik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...