Thursday, November 21, 2013

Talam Gula Merah....



Kuih yg sentiasa jadi rebutan family Liza, nak2 pulak kalau santan atas tu lembik2, mmg terbaik la resepi kuih dr Kak Yati ni..besttt

Liza mintak izin share resepi kat sini pulak ye, terima kasih kak..




RESEPI TALAM GULA MERAH

Bhn2:
Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

4 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum Liza klu dpt buat juadah minum ptg sedap ni sambil kena pulak teh o kurang manis...duduk bwh pokok beralaskan tikar heheh...angin sepoi2 bahasa...mengancammm

kayumaniskorner563 said...

assalammualaikum liza, sdp nyer.....kesukaan kak ruby ni

Bbwana adienia said...

salam..

sedapnya..lama x buat ni.

Cheq Sue said...

wah...rajinnya menalam... sedap, tapi tak berapa rajin nak buat talam ni... susah nak habiskan *_*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...