Monday, September 2, 2013

Tomyam Kelapa Muda...



Pertama kali try buat tomyam guna air dan isi kelapa muda ni, mmg best sgt...mula2 takut jugak tak menepati selera, lepas mkn tu terus berkata2 dlm hati, inilah tomyam idamanku selama ini...hahahaa

Tak sangka pulak gabungan rasa manis semulajadi air kelapa muda tu menambahkan lg kesedapan tomyam ni...kalau tak cuba tak tau kan...sebenarnya tak susah pun, cuma gantikan air biasa tu dgn air kelapa muda dan ambil isi kelapa tu jugak...bhn2 lain sama je..

Liza ambik resepi ni kat SINI, terima kasih ye Saba...


RESEPI TOMYAM KELAPA MUDA

Bhn2:


  • 8 ekor udang - saiz besar
  • 1/2 kiub stok ayam ----> saba gantikan dgn pes tomyam (Liza pun) 
  • 1.5 liter air -----> saba guna sebiji air kelapa dalam 700ml dan 300 air biasa
  • 3 inci lengkuas - diketuk
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun limau purut
  • 10 biji cili api merah
  • 3 inci lobak merah - dipotong halus
  • sayur lain (optional) - cendawan & bunga kobis ---> saba tmbh jagung muda
  • 1 biji bwg besar sedang - potong bulat
  • 3 sb santan ---> saba xletak tp saba ltk isi kelapa muda ( Liza guna dua2) 
  • 5 sb perahan air limau
  • garam
  • 2 batang saleri ~ saba tambah
  • beberapa helai daun ketumbar ~ saba tambah
  • 3 sudu makan sos ikan ~ saba tambah
  • beberapa biji tomato ~ saba tambah


  • Cara-cara
    1. Potong bhgn atas kelapa muda, kemudian keluarkan isi dan asingkan isi dan air kelapa muda.Ketepikan.
    2. Bersihkan udang,buang kulit & kepala. Dalam periuk masuk air dan air kelapa,pes tomyam ,kulit & kepala udang. Reneh selama 1/2 jam.
    3. Keluarkan kulit & kepala udang, mesin hingga halus dgn 300ml air. Masukkan semula dalam periuk tadi & biar mendidih.
    4. Masukkan lengkuas,serai,daun limau purut,saleri, sos ikan, cili api & sayur2. Reneh selama 10minit.
    5. Masukkan perahan air limau,garam & gula. Adjust ikut selera, kemudian masukkan santan dan kacau rata. (saba xmasukkan santan)
    6. Akhir sekali masukkan udang dan tutup api. Bila nak makan taburkan dgn daun ketumbar.
    7. *** klu suka masam lagi, lebihkan asam limau.
    8. *** klu nk lagi pedas, tambahkan cili padi
    9. Akhir sekali, sebelum dihidangkan masukkan isi kelapa muda.

    Liza cuma hidangkan dlm mangkuk je,bkn dlm buah kelapa muda...terpulanglah ye..

    1 comment:

    Qhaifa Nur said...

    salam...

    nur pernah buat tomyam raja..guna air kelapa...sedap rupanya...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...