Monday, August 20, 2012

Danish Butter Cookies...



RESEPI DANISH BUTTER COOKIES

Bhn2:

225 gm mentega - Liza guna pure butter
125 gm gula icing
1 biji kuning telur
1/2 s/t esen vanila
275 gm tpg gandum
1/4 s/t serbuk penaik
25 gm susu tepung

Bhn2 hiasan:

Ceri merah secukupnya - Liza cuma taburkan gula icing yg diwarnakan

- ayak tepung gandum, serbuk penaik dan susu tepung, ketepikan..
- pukul mentega dan gula icing hingga kembang..
- masukkan telur dan esen vanila dan gaul sebati.
- mesukkan bhn2 yg diayak dan gaul hingga menjadi doh..
- masukkan doh ke dlm piping bag dan paipkan adunan mengikut kegemaran dan hiaskan atasnya
- bakar biskut 180C selama 15 minit atau sehingga masak...

Resepi ni Liza ambil dr majalah SDK Julai 2012...biskut ni mmg sedap n senang, so cubalah...


Biskut Cornflakes Madu...


Ni salah satu biskut peberet anak2 Liza....kalau tak raya pun selalunya Liza akan buat utk diaorg...tp biskut ni diaorg mmg tak suka kalau ada buah2 kering atau kekacang, jd Liza cuma taburkan colouring ball kat atas tu, tu yg diaorg request....

Ambik resepi dr dapur Kak Yatie, terima kasih kak, mintak izin Liza share kat sini pulak ye...

RESEPI BISKUT CORNFLAKES MADU

Bahan A

  • 125 gm butter
  • 1/2 cwn brown sugar
  • 1 cawan madu
Bahan B

  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
  • 1 cwn kismis
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus
Hiasan

  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil



Cara-Cara

  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tart Gulung Nenas...


Assalamualaikum wbt dan salam lebaran buat semua kengkawan yg Liza sayang....ni n3 biskut terlewat, org lain dah abis pun sekut kan, Liza pulak baru nak enterprem biskut yg Liza buat....masa tak mengizinkan, nak buek cmnor kan....hihihii

Resepi biskut ni Liza masih menggunakan resepi dr Kak Hanieliza, dah pernah buat kat SINI...jom kita intai dapur Liza ye...

RESEPI TART GULUNG NENAS

Bhn2:
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung - ( Liza letak 25 gm tpg jagung + 25 gm tpg kastad )

Jem Nenas..
boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
- (Liza beli jem yg dah siap jer)
Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

                                                  SALAM LEBARAN UTK SEMUA



Sunday, August 12, 2012

Biskut Almond London...


Assalamualaikum dan salam manis buat semua...mst sekarang semua dah berbalang2 buat kukis kat umah tu kan...Liza macam tahun2 sudah jugak la, buat kukis yg anak2 nk mkn jer..bkn ape, takut membazir pulak...

Biskut almond london ni ialah biskut wajib ada sbb ni peberet  anak2..awal2 lagi kakak dah request suruh buatkan...ni pun terpaksa amik gambar masa coklat tu tak keras lg, ye la cameraman tgh kelam kabut nk buka pose....hihihiii

Macam biase Liza gunakan resepi dr MyR, terima kasih bebanyak buat Nizamadey...biskut ni mmg best sbb dia rangup...Liza mintak share resepi kat sini pulak ye, thnx again...

BISKUT ALMOND LONDON

Bhn2: ( dlm 150 biji)
  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
Cara-cara
  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Wednesday, August 8, 2012

Ayam Masak Halia....


Antara resepi simple yg menjadi peberet family Liza...janji sodap...hihihii, jom kita tgk resepi ni ye, manalah tau adayg berkenan nak buat sahur besok kan...

RESEPI AYAM MASAK HALIA

Bhn2:

500 gm ayam - potong kecil dan bersihkan
1 labu bawang besar - hiris halus
4 ulas bawang putih - hiris halus
2-3 inci halia - hiris memanjang halus
2 biji cili merah - hiris
3 s/b sos tiram
4 s/b kicap manis
Sdkt tpg jagung
Garam
Minyak masak


- gaulkan ayam dgn tpg jagung dan sedikit garam dan perap sebentar.
- panaskan minyak dan grg ayam hingga masak.
- tinggalkan sdkt minyak grgan ayam di dlm kuali, tumis semua bawang, cili merah dan halia hingga naik bau.
- masukkan sos tiram dan kicap manis, gaul sebati.
- akhir sekali masukkan ayam yg tlh digrg dan grg hingga semua bhn mesra dan sebati.
- angkat dan sedia dihidang...



Nasi Goreng Ayam....walllaaaa


Resepi ni amik dr dapur Kak Nor, dah banyak kali buat sbb family Liza suka dgn rasa nasi ni,,,sedaappp...thnx pada Kak Nor dan Ika yg telah menyumbangkan ressepi nasi yg best n simple ni..jugak pada semua yg terlibat ...hhihii

RESEPI NASI GORENG AYAM

Bhn2:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.


Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair

Ni la pelakon tambahan, sup tulang n timun 


Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. >> Dan sup :D yg ni versi siam :D ~ K.Nor juga buat sup : Liza pun buat sup tulang jugak...

Selamat Hari Lahir dan Semoga Berjaya.....

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan buat semua...hari ni 080812 bersamaan 19 Ramadhan 1433H...hari ni jugak genaplah umur abg 17 thn....SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKKU SAYANG...

Walaupun saat dan tika ni abg jauh, tp abg tetap dekat dihati kami....semoga abg terus cemerlang, gemilang n terbilang dunia n akhirat...Aamiin..
Sebenarnya kitaorg celebrate brthday abg ni sblm puasa lg..almaklumlah harijadi dia jatuh time bulan pose, lagi pulak dia duduk jauh dan akan balik sebulan sekali je...so, sebagai kenangan dan ingatan di masa akan dtg, Liza buatkan jugak lah kek yg dia request tak lama dulu...walaupun rupa kek ni mmg tak seberapa tp alhamdulillah itulah air tangan seorang ibu utk anaknya....


So, ni lah hasilnya, kek yg dia request nk ada gmbar flight...terkial kial jugak lah nk buat flight tu, nasib baik ada angah yg kreatif....kalau idak, mst jadi flight yg terhempas, hancussss...hihihihii
Abg minat sgt dgn flight, so umi doakan impian abg akan berjaya suatu hari nanti...Insyaallah...
Resepi kek ni Liza amik dr Fp Madihaa, mmg moist n sedap sgt kek ni, nk buat pun senang jer sbb semua guna sukatan cawan...thnx pada Madihaa yg sudi berkongsi resepi kek yg sedap n senang ni...

Filling dia pulak Liza main hentam je, Liza campur fresh cream dgn stroberi fruit filling, sgt serasi pada tekak kami sbb ada rasa masam manis kat situ, tak muak...

RESEPI KEK COKLAT MOIST

Bhn2:

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.




Ni la rupa kat dalam kek, Liza paipkan filling stroberi tu dgn coklat ganache..tp xnmpak sgt kan...maybe next time Liza kena lebihkan filling tu...ape2 pun rasa gabungan kek ni mmg mantap...

-... Sekarang ni abg tgh trial exam, so kami mendoakan abg dapat buat yg terbaik, usaha dan tawakal, insyaallah berjaya....doa umi n papa sentiasa mengiringi langkah abg...semoga abg berjaya dan dapat menjadi contoh terbaik utk adik2....Aamiin..-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...