Thursday, August 6, 2015
Strawberry Bread Pudding with Crumble..
Assalamualaikum wbt...semalam terfikir2 nak buat apa dgn baki roti yg ada..sambil2 tgk Channel 727 maka datanglah idea ni dgn tak disangka2...Alhamdulillah dapat feed back yg baik dr hubby ngn anak2, macam makan kat hotel hubby cakap...kembang kempis hidungku ini, nasib baik tak koyak,hihihi
Untuk menambahkan keistimewaan pada pudding roti ni, Liza cuba gabungkan pula dgn crumble kat atas tu, at least ada rasa krup krap krup krap bila makan, sedap sangat..boleh je nak tambahkan dgn apa2 filling kegemaran, macam kali ni Liza gunakan strawberry filling sbb org dlm umah ni semua peminat strawberry...
Pada yg nak mencuba resepi pudding roti ni, jom kita tgk kat bawah ye..
RESEPI STRAWBERRY BREAD PUDDING WITH CRUMBLE
Bhn2:
10 kpg roti - dadu
3 cawan susu segar
2 biji telur - kocok sedikit
4 s/b gula perang
100gm strawberry filling - nk letak lebih pun boleh
- panaskan oven pada suhu 150C
- gaul sebati semua bhn di atas KECUALI strawberry filling..
- masukkan roti dan rendam selama 30 minit - 1 jam.
- tuang adunan ke dlm loyang yg telah dilengser mentega.dan sudukan strawberry filling ke dlm adunan secara marble..
- tabur crumble di atas puding dan bakar secara ' steam bath' selama 50 minit atau sehingga keperangan..
Liza on kan kipas ketuhar semasa bakar pudding ni...
Crumble
Bhn2:
75 gm tepung gandum
35 gm marjerin/ mentega
35 gm gula
- gaul semua bhn hingga menjadi serbuk roti.
- tabur atas puding tadi dan bakar..
Labels:
minum petang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment