Monday, August 10, 2015
Roti Manis yg Lembut..
Dah lama sangat rasanya tak meroti, kesian kat anak2..kali ni Liza buat roti guna resepi yg dah pernah Liza buat dulu dr Anie Japri...roti ni mmg lembut dan gebu je walaupun dah sejuk..filling tu boleh dipelbagaikan ikut selera masing2..
RESEPI ROTI LEMBUT GEBU
Bhn2:
500 gram tepung roti
250 ml air sejuk dari peti ais
1 biji telur
30 gram susu tepung
80 gram butter/majerin
1 tsp garam
85 gram gula
1 paket yis 11 gram
cara
Guna mixer - Liza guma BM
Satukan semua bahan kering.
Masukan butter / marjerin, putar perlahan sambil masukkan telur, garam dan air sejuk..
Tukar speed laju dan putar lagi hingga doh licin, kental seperti gmbr dibawah...
Masukkan doh kedalam mangkuk besar, tutup dengan kain bersih lembab dan biar doh naik lebih kurang 45 minit.
Kluarkan,tumbuk dan uli doh sebentar menggunakan tangan dan terus bentukkan doh.
Biarkan naik sekali lagi dan sapu kuning telur dan bakar selama 30 minit dengan suhu 150c. Kluarkan roti dan sapu marjerin
Labels:
roti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment