Friday, August 14, 2015

Oreo Cupcake....





Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat semua...Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan yg baik utk melihat keindahan ciptaan Allah swt...semoga apa yg kita lakukan mendapat keredhaan Allah swt..Aamiin

Berbalik pada cupcake ni, sebenarnya dah banyak kali Liza buat dan tempek resepi..resepi yg marbeles ni Liza amik dr dapur CMG, thnks ye Cik Mat...mmg anak2 sukaaaa sgt, nak buat pun senang je..






RESEPI OREO CUPCAKE
Bhn2:
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan

BAHAN BUTTERCREAM :-)Liza tak buat
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis







CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...



1 comment:

Agen Resmi Balikpapan said...

kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...